Skip to main content

Bertadarus secara dalam talian kebiasaan baharu dalam Ramadan PKP

Kuantan, 11 Mei – Jika dahulunya aktiviti tadarus al-Quran diadakan secara berkumpulan di masjid atau di pejabat, namun kebiasaan baharu kini telah dipraktikkan bagi staf dan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP)  dalam aktiviti tadarus menerusi dalam talian (online) bagi mengimarahkan bulan Ramadan tahun ini.

Membina Kekebalan Emosi Berdepan ‘Incivility’

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dapat kita lihat bagaimana kebanyakan pihak penguatkuasa berdepan dengan segelintir rakyat yang ingkar arahan.  Kita boleh melihat ada dalam kalangan mereka yang degil ini mengeluarkan kata-kata kesat kepada penguatkuasa.  

Kebiasaan Baharu : Peluang dan Ruang bagi Perniagaan Atas Talian

Penggunaan teknologi komputer dalam urusan harian telah lama dipraktikkan oleh pelbagai organisasi.  Kefungsian teknologi komputer telah dipertingkatkan dengan penambahan teknologi sesuai dengan peredaran masa. Bermula dari pengunaan komputer peribadi sehingga kini berubah ke aplikasi mudah alih.  Terkini, teknologi jalur lebar, memudahkan jaringan hubungan  sama ada setempat dan seluruh dunia tanpa sempadan.  Sektor perniagaan tidak ketinggalan dan perlu selari dengan perubahan teknologi supaya boleh berdaya saing dan memudahkan pengurusan harian.

Tradisi iftar dalam talam di kampus tinggal kenangan

Kuantan, 30 April - Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) melahirkan rasa gembira apabila dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas lebih 40 hari berada di kampus ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuat kuasa sejak 18 Mac lepas.

Fasa pertama pergerakan pelajar ke Zon Timur membabitkan seramai 1154 pelajar pulang ke kampung masing-masing sekitar Pahang, Kelantan dan Terengganu pada malam 30 April baru-baru ini melibatkan institusi pengajian tinggi awam dan swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Ramadan dalam PKP untuk dikenang

Khamis, 6 Mei - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  dan menjelangnya Ramadan kali ini merupakan pertama kali umat Islam di negara ini dan seluruh dunia berpuasa dalam satu suasana normal baharu berikutan penularan pandemik COVID-19. Jika sebelum ini, keadaan di lebuh raya sudah pasti penuh sesak dengan kenderaan warga kota yang pulang ke kampung bagi menyambut bulan Ramadan. Namun kali ini keadaannya jauh berbeza, lebuh raya kelihatan lengang.

Kumpul Sukarelawan Siapkan Kelengkapan PPE

Kuantan,5 Mei- Menyedari keperluan pakaian perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang diperlukan pada ketika ini dan permintaan terhadap PPE yang berterusan memberikan inspirasi buat  staf UMP Services Sdn. Bhd (USSB) iaitu anak syarikat UMP Holdings Sdn Bhd mengumpul sukarelawan bagi membantu dalam penyediaan kelengkapan PPE ini.  

Subscribe to PKP