Skip to main content

Kuasai kemahiran teknologi memudahkan cara bekerja

Kuantan, 28 April- Para pentadbir dan pensyarah disaran meningkatkan kemahiran teknologi maklumat (ICT) bagi menangani masalah yang dihadapi semasa bekerja dari rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini. Malahan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara atas talian di universiti juga merupakan kaedah penyelesaian terbaik dalam memastikan pengajian tidak terjejas akibat situasi yang tidak pasti bila ia akan berakhir pada masa ini. 

Hasrat pelajar UMP balik kampung tertunai

Kuantan, 30 April- Gerakan pertama pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) bersama Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti telah memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman sekitar destinasi Zon Pantai Timur malam tadi membabitkan seramai 140 orang pelajar dari negeri  Pahang (32), Kelantan (73) dan Terengganu (35).

Perjalanan yang ditunggu-tunggu ini menamatkan tempoh selama lebih 40 hari pelajar menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) di kampus sejak 18 Mac lalu. 

Ramadan dalam PKP penuh hikmah

Kuantan, 28 April- Ramadan adalah bulan yang sangat indah dan cukup istimewa di hati orang umat Islam. Inilah bulan pendidikan dan bulan peningkatan iman, bulan mujahadah diri dengan modul latihan yang terbaik bagi melahirkan generasi yang yang mempunyai jati diri yang tinggi bagi berdepan dengan cabaran dalam kehidupan.

Pelajar universiti di Pantai Timur balik kampung Rabu ini

Kuantan, 27 April- Dijangkakan seramai 1680 pelajar dari negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu bakal memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman ke destinasi di negeri di Pantai Timur secara berperingkat mulai Rabu ini melibatkan Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti. Di antara pelajar terlibat termasuklah daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) dan Universiti Teknologi MARA (UITM).  

“Kami OK…Jangan Risau” – Pelajar UMP di Jerman

Jerman, 25 April- Pelajar Fakulti Pengurusan Industri Universiti Malaysia Pahang (UMP), Batrisyia Elena Roslan, 22, yang sedang menyambung pengajian di  Jerman sejak 10 September tahun lalu bersama 11 mahasiswa lain berada dalam keadaan selamat dan beliau meminta keluarga dan kawan-kawan di Malaysia tidak risaukannya kerana keadaan di tempat tinggalnya masih terkawal. Negara Jerman masih mencatatkan kadar jangkitan wabak COVID-19 antara lima tangga tertinggi dunia setakat ini.

Amalkan penjagaan diri dan kebersihan

Kuantan, 22 April- Sentiasa amalkan penjagaan diri dan kebersihan dalam kehidupan  seharian memandangkan banyak permukaan yang kita sentuh terdedah kepada bakteria atau virus yang boleh menjadi punca penyebab penyakit. Bakteria atau virus boleh melekat di tangan ketika berjabat tangan, memegang pemegang pintu, paip, perkakas dapur, peralatan tandas dan lain-lain. Tangan boleh bertindak sebagai ejen pemindahan bakteria atau virus apabila menyentuh muka terutama mata, hidung atau mulut.

Subscribe to PKP