Skip to main content

UMP Prihatin erat hubungan dengan komuniti Sungai Koyan

PAHANG, 24 Ogos 2022 – Tiga hari berkampung Felda Sungai Koyan, Jerantut memberikan kenangan manis buat 30 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang menyertai Kembara UMP Prihatin bersama Komuniti Sungai Koyan, baru-baru ini. 

Program yang berkonsepkan Keluarga Malaysia ini melibatkan masyarakat dari pelbagai peringkat usia dari kanak-kanak hingga dewasa.

Kembara UMP prihatin berbakti bersama masyarakat Kapit

KAPIT, 24 Ogos 2022 - Kembara Universiti Malaysia Pahang (UMP) Prihatin anjuran Yayasan UMP dengan kerjasama Institut Kemahiran MARA (IKM), Bintulu berjaya mengangkat konsep keharmonian #KeluargaMalaysia apabila disertai 52 sukarelawan yang turun padang berbakti bersama komuniti Rumah Panjang Diau Anak Lumut Pulau Raya di Kapit bermula 19 Ogos hingga 25 Ogos 2022. 

Peserta terdiri daripada 30 staf dan pelajar IKM Bintulu serta 22 staf, pelajar dan alumni UMP. 

160 Sukarelawan Kilau UMP, UMPH tanam 2,000 pokok

JERANTUT, 12 Ogos 2022 - Seramai 160 pelajar sukarelawan KILAU Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan staf UMP Holdings Sdn. Bhd. menyertai program Kelestarian Alam Sekitar dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang  bagi menanam kira-kira 2,000 pokok-pokok spesies Merawan Siput Jantan, Balau Pasir, Keruing Kertas, Kembang Semangkuk, Meranti Tembaga dan Meranti Sarang Punai di Hutan Simpan Tekam.

UMP kampus hijau lestari sasar Agenda Global SDG

PEKAN, 2 Disember 2021 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) giat menjalankan program bertunjangkan kepada Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG) yang menjadi agenda global seiring dengan 17 matlamat yang perlu dicapai seperti yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk semua negara menjelang 2030.

Subscribe to SDG