Skip to main content

UMP tuan rumah Kejohanan Golf Universiti Awam Kali Ke-49

KUANTAN, 28 Mei 2022 - Sebuah kenderaan Perodua ATIVA tajaan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA) bagi ‘Hole In One’ menjadi tumpuan pemain di Kejohanan Golf Universiti Awam Kali Ke-49 yang menyaksikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai tuan rumah penganjuran. 

Seramai 300 orang pemain golf daripada universiti awam (UA) terlibat dalam Kejohanan Golf Universiti Awam Ke-49 yang dijalankan selama dua hari bermula hari ini.

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, kejohanan ini dapat menyemarakkan semangat kesukanan dan mempereratkan hubungan setiakawan dalam kalangan Keluarga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). 

“Kejohanan golf pada kali ini juga boleh dijadikan sebagai platform bagi membantu Kerajaan Negeri Pahang mempromosikan edu-pelancangon di negeri ini khususnya kepada peminat-peminat sukan golf di tanah air,” katanya dalam Majlis Makan Malam Kejohanan Golf Antara Universiti Awam Malaysia Kali Ke-49 di Swiss-Bel Hotel Kuantan. 

UMP tuan rumah Kejohanan Golf Universiti Awam Kali Ke-49

Pihaknya menghargai sokongan pihak KPT dan PERODUA termasuk  Kerajaan Negeri Pahang, Bank Islam, Franky Contruction Sdn. Bhd., Meranti Marshal, Toyota Capital Malaysia Sdn. Bhd. dan Bank Simpanan Nasional. 

Terdapat tiga lokasi berlangsungnya kejohanan iaitu di Kelab Golf Diraja Pahang, Kuantan; Kelab Golf Diraja Pekan dan Mahkota Golf and Country Club, Kuantan. 

Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohd Johari  Haji Hussain. 

Turut sama Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Abdul Razak  Jaafar dan Pro-Canselor UMP,  Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Abi Musa Asaari Mohamed Nor. 

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri 

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit