Skip to main content

Penyelidikan UMP terus diiktiraf di persada antarabangsa

Kuantan, 15 November- Penyelidikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) diiktiraf di persada apabila hasil penyelidikan universiti menempa kejayaan dengan meraih lima anugerah khas, lima pingat emas dan dua pingat perak dalam Pameran British Invention Show (BIS 2018) yang diadakan pada 24 hingga 27 Oktober lalu di Barbican Exhibition Center, London, United Kingdom.

Penyelidik UMP, Prof. Madya Dr. Sumaiya Zainal Abidin@ Murad dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) meraih pingat emas melalui penyelidikan “A Technology For Efficient Extraction Of Rare Earth Metals Using Seir” iaitu 100 peratus pengekstrakan logam nadir bumi menggunakan SEIR. Penyelidikan ini turut menang anugerah khas terbaik antarabangsa (Obelisk Award) dan Diamond Award.  

Menurutnya, prestasi teknologi ini sangat baik berbanding dengan pengekstrak konvensional dan proses pengekstrakan cecair-cecair. Proses kajian ini didapati 90 peratus lebih rendah dalam penggunaan kimia dan 96 peratus lebih rendah dalam kos yang digunakan dalam industri sekarang.

Selain itu, Prof. Madya Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) meraih pingat emas dan anugerah Platinum melalui penyelidikan “Encased Bottom Ash Column (EBAC): A Technology For Sustainable Construction”.

Pengarah Pusat Kelestarian Sumber Bumi, Prof. Madya Dr. Muzamir Hasan turut meraih Double Gold Award dan pingat emas melalui penyelidikan “Crude Glycerol To Valuable Chemical Product - A Reliable And Green Industrial Process”.

Manakala Dr. Devarajan A/L Ramasamy dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal juga telah meraih pingat emas dan anugerah Platinum Award melalui penyelidikan “Green Engine Coolant (GEC): Cellulose Nanocrystals As Engine Coolant”. Selain itu, satu lagi projek penyelidikan beliau  iaitu “Novel Tool-Wear Mapping For Nano-Coolant Based Green Machining” juga telah berjaya meraih pingat perak.

UMP juga turut memenangi satu pingat emas dan satu pingat perak melalui projek yang dihasilkan Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Fairusham Ghazali dari FKM dengan tajuk kajian “Leak Locator: Rig To Real (LLRR)” dan satu lagi projek penyelidikan beliau  iaitu “Fast Response Fibre Bragg Grating (FBG) Pressure Transducer” juga meraih pingat perak.

 

Disediakan oleh Muhammad Nasiruddin Mansor dari Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

Reports by:
Siti Nurfarmy binti Ibrahim