Skip to main content

Ketuk-ketuk Sahur sukarelawan UMP santuni komuniti setempat

KUANTAN, 25 April 2022 – Prihatin terhadap barisan hadapan yang bertugas syif malam dan gelandangan telah mendorong seramai 20 sukarelawan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengadakan program Ketuk-ketuk Sahur@Kuantan, Pahang.
 
Menurut Pengetua Residen Pelajar 4, Nasrul Salim Pakheri, setelah hampir dua tahun negara dilanda wabak COVID-19, Alhamdulillah pada tahun ini kita dapat menyantuni golongan petugas shif malam dan gelandangan.
 

Pelajar sebak dan terharu sukarelawan UMP turun padang bersihkan rumah

TEMERLOH, 31 Disember 2021- Terkejut dan terharu. Itulah perasaan apabila melihat sekumpulan sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang terdiri daripada staf dan pelajar tiba-tiba muncul di hadapan rumah pelajar UMP untuk membantu membersihkan rumah beliau akibat terjejas banjir baru-baru ini. 

Menurut pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Projek UMP, Natasyabillah Afzainizam, pada waktu itu beliau hampir menitiskan air mata. 

Lebih 300 sukarelawan UMP bantu pembersihan sisa banjir

KUANTAN, 28 Disember 2021 - Ekoran timbunan sampah sarap di hadapan rumah yang berisiko mengancam kesihatan penduduk, aktiviti sukarelawan pascabanjir  yang berlangsung baru-baru ini di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Pandan Taman Bukit Rangin Aman memberi tumpuan terhadap pembersihan dalam rumah dan sekitar kawasan perumahan ini.

Sukarelawan UMP terus santuni mangsa banjir

KUANTAN, 25 Disember 2021 - Lebih 500 sukarelawan yang terdiri daripada staf dan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyantuni mangsa banjir di negeri ini sejak banjir luar biasa pada seminggu lalu. 

Bantuan UMP kini berfokus kepada penghantaran sukarelawan bagi kerja-kerja pembersihan dan juga memberikan bantuan keperluan asas harian kepada mangsa banjir yang terlibat terutama melibatkan staf dan keluarga pelajar yang terjejas.

Subscribe to Sukarelawan UMP