Skip to main content

Anak Peneroka Felda Dinobatkan Penerima Anugerah Pelajaran Diraja

Kuantan, 10 November- Kesungguhan kedua-dua ibu bapa Umi Zaidatul Azeera Mohd Nawi, 23   menyediakan pendidikan yang sempurna walaupun mereka sendiri tidak mempunyai pendidikan yang tinggi merupakan satu titik keinsafan buat penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen Ke-13 Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk tidak bersikap sambil lewa dalam pengajian jurusan Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Komputer & Rangkaian) dengan Kepujian.

UMP buka peluang sambung pengajian ijazah sarjana muda  

Kuantan, 31 Oktober- Musim konvokesyen di beberapa buah universiti awam dan swasta telahpun bermula dan momen kegembiraan mengenggam segulung ijazah pastinya menyuntik inspirasi buat pelajar di luar sana untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang akan meraikan seramai 2773 bakal graduan termasuk 515 daripadanya merupakan Sarjana Eksekutif, Bacelor Eksekutif dan Diploma Eksekutif dalam majlis yang akan berlangsung pada 10 dan 11 Oktober ini di Kompleks Sukan UMP Gambang.  

Anugerah Cendekia UMP iktiraf penyelidikan dan kecemerlangan akademia

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah  yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) bercemar duli mengurniakan Anugerah Cendekia Bitara (ACB) dan Anugerah Akademik Cemerlang (AAU) kepada seramai 94 pensyarah dan staf cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan pembelajaran sempena Majlis Anugerah Cendekia Bitara  yang berlangsung hari ini di Hotel Zenith Kuantan.

  

Empat Pesilat UMP terpilih mewakili Malaysia

Perak - Seramai empat orang pesilat Universiti Malaysia Pahang (UMP) terpilih mewakili pasukan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia dalam Kejohanan Silat Antarabangsa UPSI ke-9 bagi merebut Piala Menteri Besar Perak baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada Nor Julia Idayu Abdul Aziz (kelas Putri D), Muhammad Nur’Iman Farhan Mohamad Rosli (Kelas Putra H), Muhammad Syakir Mohd Isa (kelas Putra G) dan Siti Nur Azrin Nor Azli (kelas Putri E).  

Pengkalan Ilmu Teknologi Kejuruteraan Keretapi Api

Pelaksanaan projek mega iaitu Projek Laluan Rel Keretapi Pantai Timur (ERCL) bernilai RM55 bilion yang bakal memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi baharu negara dan kesejahteraan rakyat di tiga negeri pantai timur khasnya di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Subscribe to UMP