Skip to main content

400 pelajar UMP terima manfaat sumbangan Yayasan Taqwa

PEKAN, 7 Jun 2023 - Seramai 400 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) terima manfaat sumbangan pendidikan yang disalurkan oleh Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan kepada UMP dengan jumlah keseluruhan bernilai RM200,000 yang merangkumi bantuan elaun sara hidup, bantuan zakat pelajar, kupon makanan serta Insentif Bantuan Latihan Profesional melalui kepakaran Universiti. 
 

Singgah Sahur UMP santuni pelajar luar kampus dan agensi

KUANTAN, 8 Mac 2023 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program Singgah Sahur membabitkan rumah sewa pelajar luar kampus dan beberapa agensi kerajaan di sekitar bandar Kuantan baru-baru ini. 

Sebanyak sepuluh kenderaan bersama kira-kira 30 sukarelawan KILAU UMP berkonvoi ke destinasi terpilih untuk  mengagihkan 200 bungkus juadah untuk sahur, bermula jam 10.30  malam sehingga jam 1.30 pagi.

Yayasan UMP sumbang kelengkapan sekolah buat anak-anak staf

PEKAN, 13 Mac 2023 - Seramai 100 orang anak staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima sumbangan kelengkapan pakaian sekolah sempena program Kembali Ke Sekolah (Back To School) anjuran Yayasan UMP dan Jabatan Pendaftar yang telah diadakan di kedua-dua kampus UMP Pekan dan Kampus Gambang.  

Seorang kanak-kanak, Mohammad Amirul Fikri, 12 teruja apabila terpilih menerima sumbangan pakaian sekolah, kasut, beg, alat tulis sempena program Kembali Ke Sekolah (Back To School)  baru-baru ini.

UMP prihatin bantu bawa pelajar baharu daftar masuk kampus

BATU PAHAT, 12 Oktober 2022 - Pelajar baharu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Putera Amirul Hakim Mohd Ali yang berasal dari Batu Pahat, Johor tidak menyangka beliau akan terpilih menerima Insentif Pendidikan Yayasan UMP sebanyak RM1,000 bagi meringankan beban beliau pada awal sesi pengajian di universiti.

Malah, kehadirannya ke universiti bersama keluarga turut diuruskan pihak universiti.

Subscribe to Yayasan UMP