Skip to main content

22 penyelidik UMP tersenarai 2% saintis terbaik dunia bagi dua kategori pencapaian

KUANTAN, 14 Oktober 2022 - Seramai 22 orang penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) tersenarai 2 peratus saintis terbaik dunia bagi dua kategori pencapaian.

Daripada jumlah tersebut, seramai tujuh orang penyelidik tersenarai bagi kategori Pencapaian Sepanjang Kerjaya (Career-Long Achievement) dan seramai 21 orang penyelidik pula tersenarai dalam Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement).

Penyelidik yang tersenarai dalam kedua-dua pencapaian pula ialah Dr. Sudhakar Kumarasamy, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Profesor Dr. Jayarama Reddy Venugopal, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Profesor Dr. Jose Rajan (FSTI), Profesor Dr. Rizalman Mamat (FTKMA), Profesor Ir. Ts. Dr. Kumaran a/l Kadirgama (FTKMA), dan Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli, Fakulti Komputeran (FK) yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Manakala Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Ashraf Ahmad, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE) tersenarai dalam kategori Pencapaian Sepanjang Kerjaya (Career-Long Achievement).

Pengiktirafan ini merujuk kepada data yang dikeluarkan oleh Elsevier BV, Stanford University yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts Dr. Yuserrie Zainuddin, pengiktirafan ini berdasarkan pangkalan data Scopus dan merangkumi aspek penilaian yang komprehensif.

“Pengiktirafan ini menggalakkan interaksi antara penyelidik tempatan dan antarabangsa serta industri bagi meneruskan kecemerlangan akademik selain mencipta peluang penyelidikan bagi menyelesaikan masalah sejagat.

“Ia selari dengan perancangan Pelan Strategik UMP 2021-2025 yang bakal meletakkan UMP untuk terus mencapai kegemilangan dalam akademik dan penyelidikan dengan bertemakan Teknologi untuk Masyarakat.

“Malahan, tumpuan turut diberikan terhadap Keunggulan TVET aras tinggi, inovasi dengan kolaborasi industri, pemerkasaan teknologi berimpak tinggi, kelestarian kewangan, kecemerlangan ekosistem universiti dan keusahawanan graduan,” katanya.

Dalam pada itu, bagi Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement), 21 orang pensyarah yang tersenarai ialah Dr. Sudhakar Kumarasamy (FTKMA), Profesor Dr. Jose Rajan (FSTI), Profesor Dr. Wan Azmi Wan Hamzah (FTKMA).

Begitu juga dengan Profesor Dr. Rizalman Mamat (FTKMA), Profesor Dr. Jayarama Reddy Venugopal (FSTI), Profesor Dato’ Ts. Dr. Zularisam Ab. Wahid (FTKA), Profesor Ir. Ts. Dr. Kumaran a/l Kadirgama (FTKMA), Profesor Dr. Md. Maksudur Rahman Khan (FTKKP), Ts. Dr. Norazlianie Sazali (FTKPM).

Turut tersenarai ialah Profesor Ts. Dr. Md. Mustafizur Rahman (FTKMA), Ts. Dr. Ahmad Shahrizan Abdul Ghani (FTKPM), Profesor Madya Dr. Ramadhansyah Putra Jaya (FTKA), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli (FK), Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Wan Sharuzi Wan Harun (FTKMA), Profesor Madya Dr. Mohd Herwan Sulaiman (FTKEE) dan Profesor ChM Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim (FSTI).

Pensyarah lain ialah Profesor Madya Ir. Ts. Dr. Mahendran a/l Samykano (FTKMA), Profesor Ts. Dr. Jolius Gimbun (FTKKP), Profesor ChM Dr. Chong Kwok Feng (FSTI), Ts. Dr. Ros Azlinawati Ramli (FSTI) dan ChM Dr. Izan Izwan Misnon (FSTI).

Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie mengucapkan tahniah buat warga UMP yang telah mencapai pelbagai kejayaan bagi meningkatkan citra universiti ke tahap pendidikan tinggi dan global.

UMP akan terus mengungguli dalam bidang penyelidikan dan inovasi pada masa akan datang dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan teknologi melalui bilangan ciptaan produk dan penghasilan penemuan atau teknologi baharu yang berimpak tinggi yang akan memberi manfaat besar kepada komuniti tempatan dan antarabangsa.

UMP juga baru-baru ini turut tersenarai di kedudukan 801 hingga 1,000 dalam Times Higher Education World University Rankings (THE WUR) 2023.

 

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit Daripada Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Canseleri

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit