Skip to main content

Kelas KAFA mula beroperasi untuk anak staf UMP

Pekan, 24 Januari - Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Universiti Malaysia Pahang (UMP) telahpun mula beroperasi sejak 2 Januari lalu dengan kemasukan seramai  23 orang pelajar tahun 1 yang mengikuti kelas di UMP Pekan dan Gambang. Pengambilan KAFA bagi tahun pertama ini khusus buat anak-anak staf yang berumur 7 tahun sahaja dan akan dikembangkan lagi bagi tahun berikutnya.
 

Pegawai Eksekutif UMP tunai tanggungjawab sosial terhadap alam sekitar

 Biarpun sibuk dengan tugasan di pejabat, kepuasan jelas tergambar pada wajah warga kerja Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam kalangan pegawai eksekutif universiti yang menjayakan Program Inisiatif Hijau (The Green Inisiative) 1 Kehidupan 1 Tanggungjawab (1Life 1Responsibility) di Rimbunan Cendekia UMP Pekan hari ini.