Skip to main content

Abang wakilkan arwah Fauzan

GAMBANG, 21 Oktober 2023 - Kuatkan semangat dan menahan perasaan sebak mengiringi langkah seorang abang yang wakili kedua ibu bapanya untuk menerima Anugerah Anumerta buat Allahyarham adiknya pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Ke-18 di Dewan Kompleks Sukan Kompleks Sukan UMPSA.

Anugerah disampaikan oleh Pro-Canselor UMPSA, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor kepada Farid Abd Ghani, 32 bagi pihak Allahyarham Mohamad Fauzan Ab Ghani yang  merupakan pelajar Diploma Sains Komputer.

Farid berkata, beliau menggantikan ibu bapanya yang tidak dapat hadir kerana masalah keuzuran dan kuatir tidak dapat menahan kesedihan untuk mengambil ijazah arwah adik.

Abang wakilkan arwah Fauzan

“Arwah adik merupakan anak bongsu daripada enam orang adik-beradik.

“Arwah Fauzan sangat rapat dengan ibunya yang tinggal di Kelantan.

“Mak meminta saya bagi mewakilkan kedua ibu bapa untuk mengambil ijazah adik,” katanya. 

Menurut ibu saya, walaupun adik dah tiada tapi sijil ini dapat meninggalkan kenangan atas usaha adik yang berjaya menamatkan pengajiannya.

“Sebelum ini arwah sempat menyatakan hasrat untuk bermalam di rumahnya di Maran  jika beliau berkonvo nanti tapi apakan daya Allah SWT lebih menyayangi arwah katanya. 

Ketika menghubungi ibunya, Sharifah Abdullah, 65 pula berkata, beliau terkilan arwah anaknya tidak sempat menerima sendiri ijazah tersebut, namun bangga apabila anaknya hampir berjaya menghabiskan pengajian di UMPSA.

Beliau sempat menceritakan kenangan terakhir pada 1 Ramadan yang lalu. 

“Waktu itu, kami hanya berbuka puasa berdua kerana ayahnya berbuka di masjid. 

“Pada malam itu, arwah mohon untuk keluar sekejap. 

“Tidak lama kemudian saya mendapat panggilan telefon yang mengatakan Fauzan kemalangan di Kota Bharu,” katanya.

Ujarnya, pada waktu itu, saya tak dapat gambarkan kesedihan mendengar berita yang mengejutkan ini.

“Tapi saya tetap reda dengan ketentuan Ilahi.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan, pensyarah dan rakan-rakannya yang banyak memberi kata semngat,” katanya. 

Disediakan oleh: Nor Salwana Mohamad Idris, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris