Skip to main content

‘Singgah Kopi’ milik mahasiswa UMPSA meriahkan Ekspokonvokesyen 2023

GAMBANG, 21 Oktober 2023 – ‘Singgah Kopi’, begitulah perniagaan berasaskan minuman kopi yang diusahakan oleh mahasiswa Fakulti Komputer, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Nur Aysha Eliya Abdullah Sany bersama mentor keusahawanan, pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Ts. Dr. Abdul Nasir Abd Ghafar. 

Mula beroperasi pada Jun 2023, ‘Singgah Kopi’ diinspirasikan selepas Nur Aysha menyertai seminar peniagaan anjuran MyFundAction. 

"Saya telah memaklumkan kepada Dr. Abdul Nasir selaku pensyarah kursus technopreneurship mengenai idea perniagaan ini dan berkongsi wawasan serta perancangan saya untuk aktif dalam aktiviti keusahawanan khususnya di UMPSA.

"Saya tidak menyangka bahawa Dr. Nasir berminat dengan idea saya itu dan memberi sokongan umtuk membangunkan perniagaan ini. 

“Kami memulakan proses perbincangan dan kajian terperinci sejak semester lepas bagi memastikan ‘Singgah Kopi’ mampu berdaya saing serta memberikan impak kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha ini,"ujarnya. 

‘Singgah Kopi’ milik mahasiswa UMPSA meriahkan Ekspokonvokesyen 2023

Tambah Nur Aysha lagi, ‘Singgah Kopi’ juga turut mendapat suntikan modal dari Pusat Usahawan Kreatif (PUPUK) sebanyak RM5,000.00. 

‘Singgah Kopi’ turut tidak ketinggalan menyertai ekspokonvokesyen yang telah dianjurkan sempena Majlis Konvokesyen Ke-18 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang kini sedang berlansung sehingga 24 Oktober 2023. 

Pastinya, antara minuman yang menjadi pilihan dan kegemaran pengunjung saban hari adalah Signature Singgah dan Honey Charcoal Latte

‘Singgah Kopi’ milik mahasiswa UMPSA meriahkan Ekspokonvokesyen 2023

Honey Charcoal Latte merupakan minuman yang diperkenalkan di bawah jenama ‘Singgah Kopi’, mempunyai rasa yang unik namun berjaya memikat rasa penggemar berat kopi yang sentiasa mencari keunikan dan sesuatu yang baharu ketika menikmati secawan kopi. 

Sekiranya kurang menggemari minuman berasaskan kopi, Matcha Latte, Ice Chocolate, Salted Caramel Chocolate merupakan alternatif untuk pengunjung yang bertandang ke ‘Singgah Kopi’. 

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat aktiviti-aktiviti terbaharu dan promosi menarik yang bakal berlansung, ‘Singgah Kopi’ boleh dilayari melalui media sosial Instagram singgahkopi.ump. 

Disediakan oleh: Siti Nurfarmy Ibrahim, Pusat Komunikasi Korporat

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nurfarmy binti Ibrahim