Skip to main content

UMP, LLM meterai MoU Pendidikan Kejuruteraan Lebuh Raya

KUANTAN, 20 Mac (Bernama) -- Universiti Malaysia Pahang (UMP)memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebagai rakan strategik dalam aspek pendidikan dan penyelidikan kejuruteraan lebuh raya.

UMP dalam kenyataan hari ini, berkata kerjasama itu akan membuka peluang kepada peningkatan teknologi, pembangunan modal insan, perkongsian pengetahuan dan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan.

Author
nurlaila