Skip to main content

UMP tanam 1,000 pokok bantu kurang pemanasan global

PEKAN, 5 Sept (Bernama) -- Sebanyak 1,000 anak pokok ditanam dalam kawasan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini pada program khidmat masyarakat bersepadu MyTREEvolution hari ini.

Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UMP, Prof Dr Jamil Ismail berkata program itu adalah projek pemulihan hutan kebangsaan dan dijayakan dengan kerjasama 1,000 mahasiswa UMP Kampus Pekan.

"Sebanyak dua jenis pokok telah ditanam dalam projek pada hari ini iaitu pokok Kelat Jambu Laut dan pokok ketapang yang bertujuan mengurangkan kesan akibat pemanasan global dan penghijauan kampus.
 

Author
azwin