Skip to main content

UMPSA, Trash Hero Kuantan dan Alam Flora berjaya bersihkan 67.4 kg sampah

KUANTAN, 25 November 2023 - Pusat Kecerdasan Bahan Termaju (Pusat Bahan), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Trash Hero Kuantan dan Alam Flora Sdn. Bhd. buat julung kalinya berjaya membersihkan 67.4 kilogram sampah dari Pantai Pelindung, Beserah melalui aktiviti pembersihan pantai. 

Menurut Pengarah Pusat Bahan, ChM. Dr. Izan Izwan, program itu diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para pelajar UMPSA akan kepentingan menjaga kebersihan pantai.

Manakala menurut Ketua Bersama, Trash Hero Kuantan, Annemarie Pravina Vendargon, program ini mampu memberikan kesedaran kepada orang awam untuk mengambil berat akan kepentingan membersihkan sisa buangan daripada dibiarkan di kawasan pantai.

“Malah, sisa buangan tersebut juga berkemungkinan untuk masuk ke laut adalah sangat tinggi dan boleh mengancam spesies hidupan laut. 

“Sisa buangan yang kerap ditinggalkan di kawasan pantai kebiasaannya adalah daripada sumber bahan plastik yang susah untuk dileraikan secara semula jadi,” ujarnya. 

Pihak Trash Hero Kuantan turut diketuai oleh Syarifah Syazrah Syed Ab Mutalib bagi membantu koordinasi program bersama pihak Alam Flora. 

Program yang berlangsung selama hanpir dua jam itu disertai oleh para pelajar prasiswazah dan pascasiswazah dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI). 

Pihak Trash Hero dan Alam Flora Berhad mengucapkan terima kasih atas kesudian Pusat Bahan menganjurkan program pada kali ini dan berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan. 

Kesedaran berkaitan bahaya penggunaan sisa plastik dibiarkan di kawasan pantai perlu diberikan penekanan kepada generasi muda dan akan datang demi memastikan kelestarian hidupan akuatik terbela dan terjamin daripada kepupusan.

Turut hadir Penyelia Operasi, Alam Flora, Mohd Afif Ahmad Fauzi dan Muhammad Zulqarnain Mokhtar manakala dari SWCORP pula ialah Penguatkuasa, Mohd Amirul Farhan AB Ghani.

Disediakan oleh: Mohd Halimi Abdul Aziz, Pusat Kecerdasan Bahan Termaju (Pusat Bahan)

Reports by:
Admin UMP News