Skip to main content

Jeckey Ng Kah Poo terima Hadiah Kecemerlangan Akademik Presiden Lembaga Jurutera Malaysia (LJM)

GAMBANG, 21 Oktober 2023 - Pandemik COVID-19 tidak menghalang Jeckey Ng Kah Poo, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) dengan Kepujian, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) untuk lebih fokus dan tidak berputus asa. 

Menurut penerima Hadiah Kecemerlangan Akademik Presiden Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) itu, cabaran pembelajaran secara dalam talian dan faktor luaran menyebabkan beliau tidak dapat memberi tumpuan 100 peratus dalam pembelajaran. 

“Penyumbang terbesar kejayaan saya pada hari ini ialah ibu saya, Kansulim Tamboron, 62 yang merupakan seorang suri rumah berbangsa Kadazan.  

“Manakala bapa saya, Ng Kon Foo, 56 pula berbangsa Cina dari Melaka.  

Beliau yang merupakan anak kelahiran Melaka berjaya memperoleh Anugerah Dekan tujuh semester berturut-turut sepanjang pengajian dengan Purata Nilai Gred Kumulatif  (PNGK) 3.84. 

Jeckey Ng Kah Poo terima Hadiah Kecemerlangan Akademik Presiden Lembaga Jurutera Malaysia (LJM)

Anak bongsu dari lima orang adik-beradik itu amat berpegang teguh dengan prinsip ‘Play hard, work smart’ dan ‘Don't be afraid of any challenges, it's only will make you stronger and stronger’. 

“UMPSA menyediakan banyak kemudahan untuk bersukan seperti gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang, tenis dan futsal”. jelas beliau yang gemar menyanyi, e-Sport dan juga berenang. 

Semasa pengajian, beliau juga pernah menyertai Pekan Pesta Tanglung pada tahun 2019 dan sebagai Exco Program Moonwalk and Mooncake Workshop anjuran UMPSA.  

Di kesempatan ini, beliau mengucapkan terima kasih kepada penyelianya, Ir.. Ts. Dr. Mohd Zamri  Ibrahim, pensyarah dari Fakulti Teknologi Kejuruteran Elektrik dan Elektronik, UMPSA yang banyak memberi sokongan dan dorongan semasa projek tahun akhir.  

“Saya percaya dengan ilmu, pelajaran dan kejayaan dapat mengubah dan memberi kehidupan yang selesa, terutama kedua ibu bapa saya,” beliau menjelaskan hasratnya. 

Disediakan oleh: Hafizatulazlin Abdul Aziz, Pusat Komunikasi Korporat 

Reports by:
Hafizatulazlin binti Abdul Aziz