Skip to main content
Affendy.j

Pengkalan Ilmu Teknologi Kejuruteraan Keretapi Api

Pelaksanaan projek mega iaitu Projek Laluan Rel Keretapi Pantai Timur (ERCL) bernilai RM55 bilion yang bakal memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi baharu negara dan kesejahteraan rakyat di tiga negeri pantai timur khasnya di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Peluang ini diambil oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan mengambil langkah positif bagi menjana pendidikan teknologi termaju. Sorotan itu, para graduan terutamanya dari UMP serta di negeri yang terkenal dengan jolokan Negeri Tok Gajah harus memanfaatkan perlaksanaan program tersebut. Program Teknologi Kejuruteraan di UMP juga menyediakan kepakaran dalam menjayakan pembangunan projek laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

 

Menerusi program teknologi kejuruteraan UMP, barisan kepakaran tenaga-tenaga pengajar yang berpotensi menyumbang tenaga kepakaran perundingan teknikal. Program kerjasama UMP dengan Universiti Jiatong Beijing serta Universiti Southwest Jiatong di China akan dapat mengukuhkan penyelidikan dan perundingan modul latihan ECRL. Dengan adanya Program Latihan Kemahiran Industri Laluan Rel Pantai Timur (PLKI–ECRL) telah membuka mata pihak UMP untuk mengalas tanggungjawab terhadap modul latihan tersebut. Jaringan industi bersama-sama Malaysia Rail Link (MRL) dan China Communications Construction Group Limited (CCCC) dapat menjadikan penerapan pendidikan termaju direalisasikan kepada pelatih-pelatih PLKI-ECRL.

 

ECRL merupakan projek mega berimpak tinggi dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dapat menzahirkan peluang kepada graduan-graduan dibawah program kejuruteraan teknologi di UMP. Walaupun teknologi kereta api moden yang masih baharu di negara kita, langkah awal UMP di bawah Fakulti Kejuruteraan Teknologi telah menzahirkan ilmu teknologi kejuruteraan menerusi program ijazah teknologi kejuruteraan.

 

Keberhasilan menerusi program teknologi kejuruteraan program pengurusan infrastruktur, tenaga pengurusan teknikal yang dihasilkan berupaya mempamerkan kebolehan memimpin pasukan projek teknologi yang berdinamik dan berketerampilan berkomunikasi dalam bahasa ketiga di UMP. Penerapan kluster bidang pembelajaran seperti teknologi geoteknik, pengurusan projek infrastruktur, pengurusan air, teknologi ukur kejuruteraan, teknologi alam sekitar, penyelenggaraan infrastruktur dan fasiliti. Kluster ini mempersiapkan graduan teknologi kejuruteraan pengurusan infrastruktur UMP menyertai tenaga kerja bagi projek ECRL dan penyelenggaraannya. Kepakaran menerusi bidang penyelenggaraan infrastruktur yang di terapkan menerusi kurikulum pembelajaran di UMP mampu menyumbangkan kepakaran bagi perlaksaan projek ini.

 

Kecemerlangan Fakulti Teknologi Kejuruteraan UMP ini juga bakal menghasilkan kumpulan pertama ijazah teknologi kejuruteraan (Pengurusan Infrastruktur) berpeluang untuk mengisi tenaga pekerja berilmu mempelopori bidang kejuruteraan keretapi termoden di negara ini.

 

Nadi pantai timur pembangunan ECRL di KotaSAS, Pahang Darul Makmur dilihat berupaya   menjadikan ERCL mencetus bandar-bandar teknologi pengangkutan baharu dan infrastruktur moden sebaris dengan teknologi pengangkutan perbandaran termaju di peringkat global. Seluruh tanah jajaran ERCL sepanjang 688 km akan merancakkan lagi lanskap pembangunan sosioeconomi pantai timur yang mana aktiviti perlancongan, sektor pembuatan dan pendidikan teknologi kejuruteraan akan meningkatkan limpahan rezeki dan pendapatan negara khasnya komuniti persekitaran.

 

Projek ECRL yang akan direalisasikan pada tahun 2024 ini merupakan projek kerajaan bagi jangka panjang dapat meningkatkan sistem pengangkutan darat. Ungkapan slogan ‘Menyatu Kehidupan, Memacu Pertumbuhan’, ECRL dilihat mampu menjadikan UMP sebagai satu satu pengkalan ilmu teknologi kejuruteraan bagi persediaan kepakaran teknologi kejuruteraan termaju. Selain itu projek teknologi berimpak tinggi ini mampu merancak ekonomi dan pendidikan berkualiti di Pantai Timur khasnya di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan. Mercu tanda infrastruktur utama menyerlah sebagai pemangkin kesaksamaan ekonomi dengan Pantai Barat. Justeru, ianya menandakan kecintaan dan kesejahteraan rakyat sekaligus menyediakan kemudahan pengangkutan awam bertaraf dunia.

 

Disediakan oleh Mohammad Affendy Omardin,  Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Teknologi , Universiti Malaysia Pahang. Emel: affendi@ump.edu.my.

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Nur Laila binti Afandi