Skip to main content

Perpustakaan UMPSA: Menelusuri Evolusi 21 Tahun

“Dalam kita ghairah membangunkan universiti, politeknik dan kolej komuniti, jarang sekali kita menekankan peruntukan untuk khutub khanah di universiti. Sedangkan di gedung inilah tersimpannya ilmu, pusat maklumat dan segala perkara yang menjadi khazanah kebijaksanaan sesebuah bangsa.

Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin 
Menteri Pendidikan Tinggi
22 Februari 2023 (Rabu)
Dewan Za’ba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya

Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berdiri megah sebagai lambang penyebaran ilmu dan kecemerlangan ilmiah berprinsipkan kemajuan akademik, pemeliharaan budaya dan pembangunan intelektual. 

Perpustakaan adalah lambang ilmuwan dalam landskap dan ekosistem universiti. Perpustakaan UMPSA memberikan sumbangan yang signifikan kepada proses pendidikan, pengajaran dan pembelajaran, dan penyelidikan universiti. Sejajar dengan visi UMPSA iaitu ‘Universiti Teknologi Terunggul’, Perpustakaan UMPSA sentiasa peka dan berinisiatif untuk menyediakan fasiliti dan perkhidmatan yang terbaik dan dinamik kepada penggunanya. 

Evolusi Perpustakaan UMPSA

Seiring dengan penjenamaan nama UMPSA, Perpustakaan juga tidak terkecuali melalui evolusi yang sama. Perpustakaan UMPSA dahulunya dikenali sebagai Pusat Sumber, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kampus Cawangan Pahang (KCP) bermula di kampus sementara Bandar Indera Mahkota. Pusat Sumber ini, buat pertama kali membuka pintunya kepada pelajar pada sesi akademik 2002/2003. 

Perpustakaan amat beruntung kerana telah dipilih oleh pihak Pengurusan UMPSA sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ)/Jabatan yang pertama untuk dibangunkan bersama-sama di dalam projek Pembangunan Kampus Pekan. Pada tahun 2010, bermulanya pembangunan Perpustakaan Kampus Pekan dan siap untuk diduduki pada 10 Januari 2012.
 

Evolusi Perpustakaan UMPSA

Letusan Pembangunan Teknologi Perpustakaan UMPSA

21 tahun Perpustakaan UMPSA berkhidmat untuk warga UMPSA, transformasi sistem perpustakaan telah dilaksanakan bagi menyokong perkhidmatan yang lebih sistematik.
 

Letusan Pembangunan Teknologi Perpustakaan UMPSA

 
Kepesatan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi manfaat dan impak yang besar terhadap perkhidmatan perpustakaan. Komunikasi antara perpustakaan dan penggunanya telah menjalani transformasi apabila aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Tik Tok, Twitter digunakan sebagai medium terkini dalam menyebarkan maklumat-maklumat penting, promosi perkhidmatan serta kemudahan yang ditawarkan di Perpustakaan.

Perpustakaan UMPSA senantiasa berusaha agar tidak ketinggalan dengan kemunculan pelbagai trend teknologi baharu bagi menarik minat generasi muda dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan baharu bagi keselesaan penggunanya.

Virtual Reality (VR)
Bagi menyokong konsep didik hibur (edutainment) yang lebih santai dan menarik, Perpustakaan menyediakan perkakasan VR yang membolehkan pengguna menjelajah sistem persekitaran maya 3D. Aktiviti riadah ini dapat membenarkan pengguna bersimulasi dengan persekitaran maya membawa pengalaman interaktif ke satu dunia baharu.

Robot AI TEMI

Selain itu juga, perpustakaan mempunyai Robot TEMI iaitu robot berteknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) yang bijak memberi nilai tambah kepada perkhidmatan. Temi ialah robot pembantu yang digunakan di Perpustakaan UMP Pekan dengan pelbagai fungsi yang menarik dimanfaatkan untuk meningkatkan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna.

Anugerah Universiti ‘Anugerah Kualiti Naib Canselor

 

temi

 

Anugerah Universiti ‘Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)’

Anugerah AKNC

Anugerah AKNC ini diwujudkan bagi mengiktiraf jabatan yang berjaya membudayakan kualiti secara menyeluruh. Tahun 2020 merupakan hari gemilang buat Perpustakaan UMPSA kerana telah berjaya merangkul anugerah AKNC di Hari Kualiti dan Inovasi UMP 2020 dengan hadiah kemenangan wang tunai sebanyak RM20,000.00. Pengiktirafan perpustakaan sebagai penerima Anugerah Kualiti Naib Canselor bukan sahaja pencapaian yang hebat dan membanggakan malah sebagai bukti transformasi ke arah pusat pembelajaran yang berinovasi dan berkualiti unggul dalam menyampaikan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna.

Relevankah Perpustakaan?

“Google can bring you back 100,000 answers, a librarian can bring you back the right one.” Neil Gaiman.

Perpustakaan UMPSA sentiasa bergerak mengikut arus perkembangan revolusi industri 4.0 bagi memastikan perpustakaan terus relevan dan mendapat tempat di hati komuniti sekitarnya. Maka, Perpustakaan UMPSA menerapkan elemen 3R iaitu dipercayai, relevan dan boleh dirujuk (Reliable, Relevance dan Referred). 

Kini, maklumat lebih mudah diakses berbanding sebelumnya dan mewujudkan cabaran dalam mengenal pasti maklumat yang tepat dan boleh dipercayai. Di sinilah, Perpustakaan memainkan peranan besar dalam menyediakan akses dan sumber bahan yang dipercayai juga bertindak sebagai konsultan untuk membantu pengguna mencari, mengakses, menilai dan menggunakan pelbagai jenis maklumat.

Kewujudan Sistem Repositori UMP-IR yang kini dijenamakan sebagai UMPSA-IR dan arkib universiti (AU) telah banyak meningkatkan tahap pengetahuan yang dipupuk dari pembudayaan ilmu dalam kalangan warga UMPSA. UMPSA-IR adalah arkib digital yang mengumpul, memelihara dan menyebarkan hasil intelektual para akademik dan penyelidik UMPSA. AU sebaliknya, adalah repositori dokumen dan bahan yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi milik UMPSA.

Perpustakaan berharap agar suatu hari nanti dapat menjadi sebuah Perpustakaan Digital dengan 90 peratus koleksi digital. Koleksi dan perkhidmatan yang boleh diakses 24 jam dan menggunakan apa jua peranti elektronik secara mobile. Penggunaan sistem yang bersepadu yang mampu membuat carian dari semua pangkalan data/koleksi Perpustakaan (federated search). 

Semoga dengan menyokong inisiatif Perpustakaan Digital Negara (NDL), ia akan menjadi instrumen yang lebih berkesan untuk pembelajaran dan penyelidikan UMPSA. Justeru, Perpustakaan UMPSA mengorak langkah seiring dan sejalan memacu kecemerlangan dan kegemilangan bersama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Penulis ialan Pustakawan, Perpustakaan UMPSA

Noorul Farina Arifin
Noorul Farina Arifin
Amelia Hasan
Amelia Hasan
Rohaida Mohamad Idaris
Rohaida Mohamad Idaris

Rujukan:
1.    Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang. (2020). Welcome to UMPSA       
      Library.Retrieved from.https://umplibrary.ump.edu.my/index.php/en/about/
        corporate-info/background-vision-mission

2.    Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang. (2006). Buku Panduan Pusat  
       Pengurusan Ilmu: Sesi akademik 2006/2007. Perpustakaan Universiti 
                  Malaysia Pahang

3.    Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang. (2008). Panduan Perpustakaan: 
      Sesi akademik 2008/2009. Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang

4.    Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang. (2010). Panduan Perpustakaan: 
      Sesi akademik 2010. Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang

5.    Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang. (2011). Panduan Perpustakaan: 
      Sesi akademik 2011-2012. Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang

6.    Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang. (2012). Panduan Perpustakaan: 
      Sesi akademik 2012-2013. Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang

7.    Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang. (2013). Panduan Perpustakaan: 
      Sesi akademik 2013-2014. Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang

8.    Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang. (2013). Laporan Tahunan 
      Perpustakaan UMP. Retrieved from https://online.fliphtml5.com/ 
      soxbf/mztt/

9.    Amelia Hasan (2010). Sistem-sistem Perpustakaan [PowerPoint slides]. Unit 
      Automasi. Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang. Universiti Malaysia 
      Pahang

E-mel: noorul@umpsa.edu.my, amelia@umpsa.edu.my, haida@umpsa.edu.my

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Admin UMP News