Skip to main content

FSTI iktiraf pelajar cemerlang

KUANTAN, 11 Disember 2020 - Berdepan dengan situasi pandemik Covid-19 tidak menghalang Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP) meraikan  seramai 451 pelajar  cemerlang bersempena Majlis Anugerah Dekan dan Kecemerlangan Siswa Tahun 2020 yang dilaksanakan  secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet baru-baru ini.  

Majlis telah disempurnakan oleh Dekan Kanan, Kolej Komputeran dan Sains Gunaan, Profesor Ts. Dr. Ruzaini Abdullah Arshah. 

Turut serta Dekan FSTI, Profesor Madya Dr. Mohd Hasbi Ab Rahman dan Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Ts. Dr. Saifful Kamaluddin Muzakir@Lokman.

Profesor Ts. Dr. Ruzaini mengucapkan tahniah kepada penganjur dan semua pelajar FSTI yang cemerlang dan mengharapkan untuk terus melakar kecemerlangan. 

“Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan sehingga kekal dalam ekosistem universiti ini,” ujarnya. 

Beliau turut menggalakkan agar sebahagian para pelajar dapat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. 

“Bagi graduan yang memilih kerjaya sebagai usahawan pula semoga anda dapat menjadi usahawan yang menyumbang kepada masyarakat.

“UMP menekankan kompetensi pelajar bukan sahaja dari sudut  akademik sahaja namun nilai murni dan integriti.  

“Yakinlah, selain perkembangan akademik yang cemerlang, kemahiran softskill menjadi buruan bakal majikan dan menjadi bekalan untuk menjadi usahawan yang berjaya kelak,” katanya.

Tambahnya lagi, menjelang Pelan Strategik UMP 2021-2025 (UMP25), UMP menyasarkan graduan bukan sahaja dapat dipasarkan dalam negeri sahaja malah dapat mendapat tempat di antarabangsa. 

“Selain itu juga UMP berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dan menyumbang terhadap masyarakat. 

“Kini, terdapat empat kolej pengajian telah dibentuk bertujuan untuk memantapkan governan akademik keseluruhan universiti. 

“Bagi Kolej Komputeran dan Sains Gunaan di bawahnya terdiri daripada Fakulti Komputeran, Fakulti Sains dan Teknologi Industri dan Pusat Sains Matematik.

Manakala Profesor Madya Dr. Mohd Hasbi turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelajar FIST. 

Meskipun agak kekok meraikan kejayaan pelajar menerusi norma baharu namun mengharapkan program ini dapat diraikan tanda penghargaan papa pelajar yang cemerlang.  

Program turut meraikan seramai 16 orang penerima Anugerah Cemerlang FSTI 2020.  

Bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Kimia Industri penerima adalah Loh Kaishi, Lee Wei Zhen, Lee Meng Yan dan Koh Miin Chean. 

Manakala Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Bioteknologi Industri diraih oleh Ang Shu Xuan, Tang Pui Teng, Soong Yu Qing dan Charisse.

Bagi Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi Bahan penerimanya adalah Chai Kar Hung, Nur Harizah Mohd Nadzmi, Chong Jung Nam dan Amalia Zulkifli. 

Turut menerima anugerah kecemerlangan Hariz Hazman Hanafi, Ainur Balqis Radzi, Lee Jia Chien dan Thulashini A/P Raja Mohan bagi  Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian.

Disediakan Oleh: Nor Salwana Mohd Idris, Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor (PNC) 

Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris