Skip to main content

Pusat Sejahtera UMPSA anjur Bengkel Pembinaan Garis Panduan Kesejahteraan

GAMBANG, 19 Mac 2024 – Seramai 21 peserta dari pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah menyertai Bengkel Pembinaan Garis Panduan Kesejahteraan Pusat Sejahtera Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Bengkel dua hari itu diadakan di Dewan Bankuet Canseleri UMPSA, Kampus Gambang. 

Bengkel itu bertujuan untuk menyediakan, menyeragam dan sebagai panduan kepada pihak universiti bagi pengurusan isu kesihatan mental serta gangguan seksual dalam kalangan pelajar di UMPSA.

Pusat Sejahtera UMPSA anjur Bengkel Pembinaan Garis Panduan Kesejahteraan

Dalam masa yang sama, Profesor Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA), Profesor Dato. Dr. Noraida Endut telah menyampaikan perkongsian mengenai Garis Panduan Gangguan Seksual Universiti Sains Malaysia (USM).

Manakala perkongsian Garis Panduan Kesihatan Mental Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula disampaikan oleh Pegawai Psikologi UIAM, Kampus Kuantan, Rina Suryani Ariff. 

Disediakan Oleh: Norhafizah Ariffin, Pusat Sejahtera UMPSA

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Admin UMP News