Skip to main content

UMPSA jalin kerjasama dengan rakan industri di China

TIANJIN CHINA, 5 Disember 2023- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Tianjin Wanfeng Chemical Engineering Equipment Co., Ltd.

Hadir menandatangani MoU ialah Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts Dr. Yuserrie Zainuddin manakala pihak Wanfeng pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Wanfeng, Zhu Rong. 

Turut hadir Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses ,  Profesor Madya Ts. Dr. (FTKKP), Sumaiya Zainal Abidin, Pengurus Kanan, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Rosilavi Mat Jusoh dan Pengarah (Malaysia), Confucius Institute UMPSA, Yong Ying Mei. 

Menurut Profesor Dato’ Ts Dr. Yuserrie, kerjasama ini memberi lebih banyak peluang yang boleh diterokai dengan pihak industri di China bagi memacu kecemerlangan dan keperluan strategik bersama yang dapat dimanfaatkan kedua-dua pihak. 

“Kerjasama antara UMPSA dan rakan industri ini melibatkan pemindahan teknologi, perkongsian kepakaran penyelidikan, meningkatkan pembangunan teknologi serta berkongsi pengetahuan dalam bidang akademik dan penyelidikan,” katanya. 

Beliau percaya dengan kepakaran dan teknologi, hasil kerjasama ini akan meningkatkan lagi kejayaan program yang berimpak tinggi serta membuka lebih banyak peluang dan penerokaan kepada bidang-bidang lain yang berkaitan.

Disediakan oleh: Rosilavi Mat Jusoh, Jabatan Penyelidikan Dan Inovasi 
 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Admin UMP News