Skip to main content

Nuralya Afrina raya di perantauan, Aidilfitri tetap dirai

KELANTAN, 16 April 2024 – Lumrah hidup seorang pelajar di perantauan, Nuralya Afrina Shamley, 20 pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Bioteknologi Industri dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memilih untuk tidak pulang ke kampung halamannya di Sabah. 

“Ini merupakan pengalaman pertama saya beraya di perantauan.

“Saya mengambil keputusan berikut kerana kecuaian saya sendiri yang terlewat beli tiket penerbangan pulang ke Sabah dan kos untuk pulang ke Sabah menelan belanja yang agak besar  

“Namun demikian, sambutan Aidilfitri tetap diraikan dengan meriah di Kelantan bersama-sama dengan keluarga ibu saudaranya,” katanya. 

Tambahnya, beliau seronok dapat berkenalan dengan keluarga di Kelantan sambal menikmati aneka juadah dan makanan yang sangat sedap. 

“Antara makanan yang saya rasa buat pertama kali adalah kuih akok, bubur biji nangka dan juga nasi air dingin,” ujarnya. 

Nuralya Afrina mengakui pengalamannya menyambut Aidilfitri di Kelantan berbeza dengan kampung halamannya di Sabah dan tidak dapat dinafikan kerinduannya terhadap keluarga sangat mendalam pada pagi hari raya.

“Tidak dapat dinafikan akan perasaan sebak yang terkumpul akibat terlalu rindu untuk menyambut hari raya bersama keluarga di Sabah seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Raya di perantauan ini jugalah yang bantu ingatkan saya untuk lebih menghargai setiap saat bersama ahli keluarga terutamanya ibu dan abah bila pulang ke Sabah nanti,” katanya. 

Disediakan Oleh: Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri