Skip to main content

UMPSA jalin kerjasama dengan 11 rakan industri

PEKAN, 15 September 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengadakan majlis pertukaran memorandum perjanjian (MoA) dan memorandum persefahaman (MoU) bersama 11 rakan industri dalam usaha membangunkan organisasi terutamanya dalam hal-hal berkaitan akademik, penyelidikan dan pembangunan. 

Majlis itu telah diadakan di Dewan Bankuet, Canseleri Tun Abdul Razak, UMPSA Pekan. 

Rakan kolaborasi itu membabitkan Kementerian Pendidikan Malaysia, BUCIDA Engineering & Consultancy Sdn. Bhd., Serimax Welding Services Malaysia Sdn. Bhd., UIE Solutions (M) Sdn. Bhd., Stare Resources Sdn. Bhd., Hyperwave Systems Engineering Sdn. Bhd., UMP Advanced, Myspatial Sdn. Bhd., TT Electronics, Najeehah International Sdn. Bhd. dan The Chartered Institute of Management Accountants (CIMA). 

Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin berkata, kerjasama antara dua organisasi iaitu UMPSA bersama rakan-rakan institusi dan industri adalah dalam bidang Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL), Penyelidikan, dan juga pembangunan seperti Pensijilan Profesional. 

UMPSA jalin kerjasama dengan 11 rakan industri

“WBL merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang bertujuan supaya para pelajar dapat menguasai kandungan pembelajaran berasaskan aktiviti bekerja.

“UMPSA sebagai salah sebuah universiti teknikal di Malaysia atau lebih dikenali sebagai MTUN, telah menawarkan program-program Sarjana Muda Teknologi (BTech) bermula pada tahun 2019.

“BTech ini direka bentuk bagi menyediakan laluan pengajian tinggi kepada para pelajar lepasan institusi TVET seperti kolej vokasional dan institut latihan kemahiran,” ujarnya. 

Selain itu katanya elemen utama yang terkandung di dalam pengajaran dan pembelajaran BTech ialah hands-on, Pembelajaran Berasaskan Masalah Berorientasikan Projek (POPBL) dan yang paling utama ialah WBL. 

UMPSA jalin kerjasama dengan 11 rakan industri

Hadir mewakili industri terdiri daripada Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Dr. Rosli Yacob, Pengurus Besar, BUCIDA Engineering & Consultancy Sdn. Bhd, Fadeli Abdullah, Pengurus Tapak Perindustrian, Serimax Welding Services Malaysia Sdn. Bhd, Izzad Ishak dan Pengarah Teknikal, UIE Solutions (M) Sdn. Bhd., Mohd Nizam Yaacob.

Turut sama Pengarah Urusan, Stare Resources Sdn. Bhd, Kapten (B) Ir. Mohamad Fariz Mohamed Nasir dan Pengarah Projek, Hyperwave Systems Engineering Sdn. Bhd., Mohd Shaharel Mohd Mokhtar. 

Lain-lain mewakili UMP Advanced Education Sdn. Bhd, Profesor Madya Ts. Dr. Hamzah Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, Najeehah International Sdn. Bhd., Rosliza Yaziz, Pengarah, Myspatial Sdn. Bhd., Wan Mohd Rozaimi Wan Mustafa, Pengarah Operasi, TT Electronics, Mohd Podzi Haji Mahmud dan Pengurus Negara, The Chartered Institute of Management Accountants (CIMA), Rushdan Rozlan. 

Hadir sama Penolong Naib Canselor, Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat,  Profesor Datin Dr. Mimi Sakinah Abdul Munain dan Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi, Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim. 

Disediakan oleh: Nor Salwana Mohamad Idris, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris