Skip to main content

UMPSA jalin kerjasama strategik dengan 12 industri melibatkan Pembelajaran berasaskan Kerja (WBL)

PUTRAJAYA, 25 Ogos 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menjalinkan kerjasama pintar dengan 12 organisasi industri dalam memantapkan jaringan dengan pihak akademik dalam pelbagai bidang termasuklah sangkutan industri staf serta penyelidikan dan pembangunan bagi manfaat kedua-dua pihak.

Kerjasama itu dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) dengan 12  industri melibatkan pihak IDEA PLT, Miwa Industries Sdn. Bhd., Multi-Code Electronics Industries (M) Berhad, RSI Automation Sdn. Bhd., Visinergy Sdn. Bhd. dan Trisystems Engineering Sdn. Bhd. 

Lain-lain Gagasan Sentral Sdn. Bhd., Klug Energy Sdn. Bhd., Sunsource Energy Sdn. Bhd., VTAG Electrical Engineering Sdn. Bhd., Hasilwan (M) Sdn. Bhd. dan Pathgreen Energy Sdn. Bhd. 

Kolaborasi itu melibatkan pembelajaran berasaskan kerja atau dikenali sebagai Work Based Learning (WBL) yang merupakan pendekatan pembelajaran yang mengabungjalinkan pembelajaran di universiti  dengan pembelajaran di industri bagi mewujudkan pengalaman bersepadu (teori dan praktikal) selama setahun kepada pelajar khususnya program Sarjana Muda Teknologi di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE). 

UMPSA jalin kerjasama strategik dengan 12 industri melibatkan Pembelajaran berasaskan Kerja (WBL)

Hadir dalam majlis Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Profesor Madya Dr. Hamdan Daniyal dan Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim. 

Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, kerjasama ini turut meneroka kerjasama dalam penempatan latihan industri, kursus jangka pendek dan lain-lain. 

“UMPSA sebagai salah satu universiti dalam Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN) menawarkan program-program Sarjana Muda Teknologi (BTEC) yang direka bentuk bagi menyediakan laluan pengajian tinggi kepada lepasan institusi TVET seperti Kolej Vokasional dan Institut Latihan Kemahiran. 

“Elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran  (PdP) ialah hands on, pembelajaran berasakan masalah berorientasikan projek (POPBL) dan program pembelajaran berasaskan pekerjaan (WBL)  yang  akan memberikan pendedahan industri kepada pelajar di sepanjang pengajian mereka.

“Inisiatif ini adalah selaras dengan Pelan Strategik UMP 2021-2025 iaitu inovasi dengan kerjasama industri dalam usaha universiti untuk melahirkan graduan yang boleh mengaplikasikan teori yang dipelajari di universiti dalam penyelesaian masalah praktikal sebenar di industri,” katanya.

UMPSA jalin kerjasama strategik dengan 12 industri melibatkan Pembelajaran berasaskan Kerja (WBL)

Beliau percaya melalui kerjasama ini juga, staf dan pelajar dapat didedahkan kepada teknologi terkini, pengetahuan dan pelbagai kemahiran yang tidak ternilai daripada industri dan pada masa yang sama dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka melalui inovasi akademik dan penyelidikan.

Kataya, selain itu juga, tumpuan turut diberikan kepada pelajar untuk berinteraksi,  bekerja dengan rakan industri mengenai tugasan dan projek mereka serta mempunyai akses ke makmal, bengkel dengan teknologi terkini untuk mengembangkan kemahiran mereka.

“Dalam pada itu, WBL pastinya menyediakan medan buat pelajar menterjemahkan pembelajaran akademik mereka dalam kerja-kerja praktikal dengan harapan dapat meningkatkan kebolehpasaran (employability) pelajar. 

“Manakala pelaksanaan WBL ini juga dapat menyediakan peluang universiti terlibat dengan masalah industri yang sebenar (real industry problems) yang memberi manfaat kedua-dua pihak,” ujarmya. 

Turut berlangsung pameran projek penyelidikan pelajar bersama industri. 

Hadir dalam progran, Pengurus Besar IDEA PLT, Ching Chin Yaw, Pengarah Urusan Miwa Industries Sdn. Bhd., Eizzuddin Nawawi, Eksekutif Kanan  Sumber Manusia, Multi-Code Electronics Industries (M) Berhad, Fatin Safwanah Jamaruddin. 

Turut hadir, Pengurus Teknikal RSI Automation Sdn. Bhd., Jason Cheah, Ketua Eksekutif Kanan, Visinergy Sdn. Bhd., Nurul Izati  Mohd Zaki, Eksekutif Kanan Trisystems Engineering Sdn. Bhd., Nur Malinda Abu Hassan, Pengarah Urusan Gagasan Sentral Sdn. Bhd., Datin Haslinda Ab Yusop, Pengarah Urusan Klug Energy Sdn. Bhd., Ir. Ts. Nor Azman Mohd Ruah, Pengarah Urusan Operasi Sunsource Energy Sdn. Bhd., Ahmad Zikril Ab Aziz, Pengarah VTAG Electrical Engineering Sdn. Bhd., Mr Sivabalan a/l Munusami, Jurutera Kanan, Hasilwan (M) Sdn. Bhd., Muhammad Zuhair Zulkefli dan Pathgreen Energy Sdn. Bhd., Lee Sze Hang (Nelson Lee). 

Disediakan oleh: Mimi Rabita Haji Abdul Wahit, Pusat Komunikasi Korporat 

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit