Skip to main content

3556 graduan UMP bakal bergraduasi esok

Kuantan, 16 Mac- Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan meraikan seramai 3,556 graduan (2020) terdiri yang daripada 234 graduan doktor falsafah dan sarjana, 2,364 graduan sarjana muda dan diploma serta 958 graduan UMP Advanced yang akan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam Majlis Konvokesyen UMP kali ke-15 yang dijadualkan berlangsung selama empat hari mulai iaitu 17 Mac 2022 hingga 20 Mac 2022 ini di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Mohd. Rosli Hainin berkata, Pro Canselor UMP, Tan Sri Dato Sri Abi Musa Asaari Mohamed Nor akan hadir menyempurnakan penganugerahan ijazah dan anugerah kecemerlangan kepada seramai 533 penerima ijazah sarjana dan     kedoktoran serta 37 anugerah dan hadiah kecemerlangan termasuk dua penerima Hadiah Buku dan 3 Hadiah PSM pada sesi pertama bersempena Majlis Konvokesyen yang akan berlangsung esok. 

 

Dalam majlis ini juga Tan Sri Dato Sri Abi Musa akan menyampaikan ijazah kepada seramai 563 graduan pada sesi kedua, pada 18 Mac (Jumaat) untuk sesi ketiga melibatkan seramai 506 graduan dan pada 19 Mac (Sabtu) iaitu sesi keempat seramai 534 dan sesi kelima melibatkan seramai 483 graduan.

Manakala Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin akan hadir pada hari Ahad iaitu sesi keenam melibatkan seramai 510 graduan UMP Advanced akan menerima ijazah Master Eksekutif pada sebelah pagi manakala pada sebelah petang iaitu sesi terakhir  seramai 448 orang graduan UMP Advanced akan menerima ijazah Bacelor Eksekutif dan Diploma Professional. 

Dalam pada itu, seramai 45 orang graduan Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi yang terdiri daripada personal yang terlibat secara langsung dengan inisiatif pengurusan dan pembangunan bakat kepimpinan bakal bergraduasi hasil program kerjasama pusat pengajian sepanjang hayat, UMP Advanced dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pengajian Tinggi.

“Hanya graduan yang menerima ijazah masing-masing dibenarkan berada dalam dewan konvokesyen bagi mengelakkan perhimpunan beramai-ramai dan dihadkan antara 300 hingga 500 bagi setiap sidang berlangsung,” katanya dalam sidang media memperkenalkan penerima anugerah sempena Majlis Konvokesyen UMP Kali Ke-15 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan.    

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri