Skip to main content

Majlis Sanjungan Budi rai mantan Lembaga Pengarah UMPSA

KUANTAN, 25 November 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menganjurkan Majlis Sanjungan Budi bagi menghargai  mantan Lembaga Pengarah UMPSA bertempat di Hotel Hyatt Regency, Kuantan.

Majlis meraikan mantan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman dan ahli Lembaga Pengarah pula terdiri daripada Dato' Mohd Sharil Abdullah, Dato' Hajah Habibah Mohd Yusof serta Mohd Sakeri Abdul Kadir.

Majlis Sanjungan Budi rai mantan  Lembaga Pengarah UMPSA

Majlis turut dihadiri  Pro-Canselor UMPSA, Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor. 

Hadir Sama Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Naib Canselor, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie  Zainuddin dan ahli-ahli Lembaga Pengarah UMPSA.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato' Seri Abdul Razak Jaafar berkata, majlis ini  bukan hanya meraikan kejayaan universiti malah turut meraikan jasa insan-insan yang telah banyak memberi sumbangan tidak ternilai sepanjang tempoh lantikan mereka.

Majlis Sanjungan Budi rai mantan  Lembaga Pengarah UMPSA

“Dalam tempoh kepimpinan Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz pelbagai pencapaian dan peningkatan yang UMPSA telah kecapi.

“Selain itu, mantan ahli LPU juga telah banyak memberikan sumbangan terutama dalam membina hubungan yang kukuh antara universiti. 

“Saya yakin pihak pengurusan dan warga UMPSA akan mengenang sumbangan yang telah dicurahkan,” katanya.

Tambahnya lagi, semoga semangat kecemerlangan dan keberkatan yang ditanamkan ini akan terus menggerakkan UMPSA untuk mencapai keunggulan.

Majlis Sanjungan Budi rai mantan  Lembaga Pengarah UMPSA

Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor menyampaikan hadiah kepada semua mantan Lembaga Pengarah dengan menyerahkan cenderamata plak ukiran wajah di kayu dan polimer yang dihasilkan oleh Penyelidik Makmal MakerHubUMP di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekanikal (FTKPM). 

Plak kayu itu dihasilkan menggunakan kaedah pemesinan laser manakala plak polimer pula menggunakan kaedah Pencetakan 3D. 

Dalam masa yang sama, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin turut menzahirkan ucapan terima kasih dan amat menghargai sumbangan semua mantan Lembaga Pengarah tatkala meniti usia UMPSA ke-21 tahun penubuhannya. 

Disediakan oleh: Nor Salwana Mohamad Idris, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris