Skip to main content

Pasang alat pengesan elak tragedi tertinggal anak dalam kereta

KES kematian kanak-kanak ditinggalkan dalam kenderaan oleh ibu bapa atau penjaga berlaku setiap tahun, sekali gus menjadi trauma kepada individu terbabit.

Sebahagian besar kes berlaku disebabkan ibu bapa atau penjaga terlupa menghantar kanak-kanak ke pusat asuhan atau sekolah kerana perubahan rutin perjalanan atau tugasan pada waktu pagi.

Jika fikiran tidak difokuskan kepada anak dihantar atau anak pula tidak berada di ruang mudah dilihat, maka kegagalan kognitif seseorang boleh berlaku sehingga menyebabkan individu berkenaan terlupa.

Ia menyebabkan kanak-kanak terdedah strok haba dalam kenderaan yang bergantung kepada keadaan biologi dan fisiologi seperti usia, status kesihatan dan cuaca persekitaran.

Author
azwin