Skip to main content

Free Market UMPSA kongsi rezeki menjelang Aidilfitri

PEKAN, 26 Mac 2024 - Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kelestarian, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Residen Pelajar, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan program Free Market di Pekan dan Kampus Gambang selama dua hari berturut-turut.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed dan Pengarah Pusat Pembangunan Kelestarian, Dr. Suhaidah Hussain.

Menurut Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim, penganjuran program merupakan inisiatif murni dalam memberi peluang kepada warga kampus membantu sesama mereka di samping dapat memupuk keprihatinan dalam kalangan komuniti. 

Free Market UMPSA kongsi rezeki menjelang Aidilfitri

Dr. Suhaidah Hussain turut berharap program ini dapat membantu golongan yang memerlukan.

Program itu berjaya mengumpulkan barangan-barangan terpakai daripada warga kampus dan orang awam untuk disumbangkan kembali kepada warga kampus yang lebih memerlukan. 

Program tahunan JHEPA ini merupakan salah satu inisiatif khidmat komuniti jabatan dalam membantu warga kampus yang memerlukan menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. 

Disediakan Oleh: Muhammad Aizat Azed, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri