Skip to main content

Graduan hadir berdua ditemani abang terima Anugerah Kecemerlangan BASF PETRONAS CHEMICAL

Penerima Anugerah Kecemerlangan BASF PETRONAS CHEMICAL Sdn Bhd pada Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kali ke-18, Amir Syarifuddin Baharudin, 24, teruja namun agak terkilan apabila tidak dapat meraikan hari istimewa ini bersama insan tersayang. 

Beliau hanya ditemani abang sewaktu menerima anugerah kecemerlangan daripada Naib Canselor UMPSA, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin dalam Majlis Konvokesyen UMPSA Kali Ke-18 bagi Sesi 5. 

Sewaktu tinggal beberapa minggu bagi Amir meraikan kejayaan beliau, ayahanda  tersayang kembali ke rahmatullah buat selamanya akibat mengidap Kanser Usus stage 4 pada 18 September 2023.

Amir yang merupakan anak kepada pasangan Allahyarham Baharudin Ismail, 66, dan Mariah Othman, 65, merupakan anak kelahiran Melaka merupakan anak ketujuh daripada lapan orang adik-beradik.

Graduan hadir berdua ditemani abang terima Anugerah Kecemerlangan BASF PETRONAS CHEMICAL

“Siapa sahaja yang tidak gembira apabila berjaya menamatkan pengajian tinggi dan ingin berkongsikan kegembiraan tersebut bersama ibu dan ayah,” katanya yang hadir ditemani abangnya, Badrul Amin Baharudin, 26 memandangkan ibunya masih dalam tempoh iddah.

Dengan berbekalkan duit pencen arwah ayahnya yang merupakan seorang pesara Bomba dapatlah Amir meneruskan pengajiannya dan mengejar cita-citanya sebagai Pensyarah yang berkaliber.

Beliau kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kejuruteraan Kimia di UMPSA. 

Disediakan oleh: Norhidayah Mohammad, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Norhidayah binti Mohamad