Skip to main content

Ng Wei Sheng dinobat Anugerah Kecemerlangan Heitech

PAYA BESAR, 6 November 2022 – “Sentiasa berpijak di bumi nyata dan hidup di masa kini. Jangan membiarkan diri dikurung oleh apa yang telah berlaku pada masa lalu dan terjebak oleh mimpi masa depan”, begitulah kata-kata yang sentiasa dipegang oleh Ng Wei Sheng, 24 graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang meraih Anugerah Kecemerlangan Heitech pada Majlis Konvokesyen UMP Ke-17 baru-baru ini. 
 
Graduan Fakulti Komputeran itu berasa gembira kerana penat lelahnya membuahkan hasil apabila menerima Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.92 sepanjang empat tahun pengajian beliau di UMP. 
 
Ng Wei Sheng menerima penganugerahan daripada Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin sempena Majlis Konvokesyen UMP Ke-17 di Dewan Kompleks Sukan Universiti, UMP.

Ng Wei Sheng dinobat Anugerah Kecemerlangan Heitech

 
"Saya rasa amat gembira dengan kejayaan ini dan sudah pasti ia atas dorongan ibu bapa tercinta, Tan Lay Hong, 55 dan Ng Hee Song, 58 serta rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya.
 
"Tambah menggembirakan lagi apabila saya kini sudah bergelar Jurutera Perisian di Intel Microelectronics (M) Sdn. Bhd.,” ujarnya. 
 
Ng Wei Sheng juga pernah meraih Anugerah Emas Fakulti sewaktu pengajian diplomanya.  

Disediakan oleh: Siti Nurfarmy Ibrahim, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nurfarmy binti Ibrahim