Skip to main content

Pemilihan MPP UMPSA Sesi 2023/2024 berjalan lancar

GAMBANG, 21 Disember 2023 - Suasana penuh semangat demokrasi melanda kampus Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ketika para mahasiswa aktif turut serta dalam proses Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) Sesi 2023/2024. 

Sesi pengundian yang berlangsung di Kompleks Sukan UMPSA Kampus Gambang dan Dewan Serbaguna UMPSA, Pekan itu bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang telah mencapai kejayaan besar dengan penyertaan pelajar yang aktif.

51 mahasiswa UMPSA bakal bersaing dalam Pilihan Raya Kampus Sesi 2023/2024

GAMBANG, 15 Disember 2023 – Proses penamaan calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Sesi 2023/2024 berjalan lancar dan menyaksikan seramai 51 calon mahasiswa bakal bersaing bagi merebut 27 buah kerusi yang dipertandingkan iaitu lapan kerusi bagi calon umum dan 19 kerusi fakulti dalam Pilihan Raya Kampus  Sesi 2023/2024 kali ini. 
 

Sidang Dewan Perundingan Pelajar UMP buka tirai mulai 15 April dan berakhir 16 April 2023

PEKAN, 15 April 2023 - Persidangan Dewan Perundingan Pelajar (DPP) 2022/2023 mula bersidang mulai pada 15 April 2023 dan berakhir pada 16 April 2023.

Hadir dalam persidangan, Speaker DUN Pahang, Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohd Sharkar Haji Shamsudin dalam ucapannya menasihati Ahli-ahli Dewan Perundingan Pelajar (DPP), Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk menjadi pemimpin terbaik perlu mempunyai kriteria bersikap terbuka dalam  sesuatu perkara.

Subscribe to Majlis Perwakilan Pelajar