Skip to main content

UMP jalin kerjasama dengan 6 rakan industri

PEKAN, 12 Oktober 2022 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) memeterai Memorandum Penjanjian (MoA) bersama enam rakan industry baru-baru ini. 

Semua industri terbabit adalah Nardoni Sdn. Bhd., Indah Water Konsortium Sdn. Bhd., Fung Yuan Biotechnologu Sdn. Bhd., IWK-Pahang Certifiying Agency Office, Gapura Solution Sdn. Bhd. dan YP Plantation Holdings Sdn. Bhd. 

UMP diwakili Naib Canselornya, Profesor Ts. Dato’ Dr. Yusserie Zainuddin dan Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat UMP, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin.

UMP jalin kerjasama dengan 6 rakan industri

Manakala wakil dari industri pula terdiri daripada Pengarah Teknikal Gapura Solution Sdn Bhd, Rosman Ariffin, Ketua Jabatan Perladangan, YP Plantation Holdings Sdn. Bhd., Tuan Nik Rauzi Che Ya@Nik Halim, Ketua Penasihat Saintifik, Fung Yuan Biotech Sdn. Bhd., Profesor Dr. Wan Zahari Mohamad, Pengurus Pensijilan, IWK-Pahang Certifying Agency Office, Rosafizi Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif Nardoni Sdn. Bhd., Adam Daniel Yusuf.

Profesor Ts. Dato’ Dr. Yusserie menzahirkan penghargaan atas komitmen yang diberikan daripada rakan industri dalam terus menjadikan UMP sebagai rakan kerjasama bagi memacu kecemerlangan dan keperluan strategik bersama.

UMP jalin kerjasama dengan 6 rakan industri

“Kerjasama antara UMP dan rakan industri ini melibatkan pemindahan teknologi, perkongsian kepakaran penyelidikan, meningkatkan pembangunan teknologi, modal insan serta berkongsi pengetahuan dalam pengkomersialan produk,” ujarnya. 

Beliau percaya dengan kepakaran dan teknologi hasil kerjasama ini akan meningkatkan lagi kejayaan program yang berimpak tinggi dan membuka lebih banyak peluang dan penerokaan kepada bidang-bidang lain yang berkaitan.

Disediakan oleh: Nor Salwana Mohammad Idris, Bahagian Konunikasi Korporat, Jabatan Canseleri 

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris