Skip to main content

41 pelajar UMPSA terima Hadiah Kecemerlangan Duta Besar China

GAMBANG, 1 November 2023 - Seramai 41 pelajar program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hasil kerjasama dengan Beijing Jiatong University (BJTU) dan Tianjin University (TJU) menerima sumbangan hadiah kecemerlangan Duta Besar China hari ini. 

Mereka yang terpilih merupakan pelajar yang mengikuti program ijazah dual UMPSA dengan BJTU, TJU, pelajar program Asasi UMPSA dan pelajar yang mengikuti program mobiliti di China. 

Hadir dalam program ialah Kaunselor Pendidikan Kedutaan China di Malaysia, Zhao Changtao dan Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin. 

Turut hadir Attaché Kedutaan China di Malaysia, Zhang Tian, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Kamal Zuhairi Zamli dan Bendahari UMPSA, Dato’ Zainuddin Othman. 

Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, program ijazah dual ini akan membuka lembaran sejarah di antara UMPSA dengan BJTU dan terbaharu dengan TJU bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik dalam meningkatkan kemahiran teknikal serta membuka peluang yang lebih meluas terhadap pembangunan akademik universiti. 

41 pelajar UMPSA terima Hadiah Kecemerlangan Duta Besar China

“Pihak universiti menghargai sumbangan hadiah kecemerlangan Duta Besar China sebanyak RM65,000 kepada 41 pelajar UMPSA yang cemerlang akademik termasuk pelajar program Ijazah Dual UMPSA-BJTU dan TJU, pelajar Asasi yang cemerlang dalam SPM,  pelajar yang mencapai CGPA 3.5 dan menyertai program mobiliti di China pada tahun ini. 

“Sehingga kini, seramai  70  pelajar  UMPSA  pelajar sedang mengikuti pengajian di BJTU dalam 
bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Awam,” ujarnya. 

Sementara itu, menurut Zhao Changtao, pihaknya menghargai komitmen UMPSA dalam menjayakan program kerjasama ini dan sebagai penghargaan pihaknya memberikan sumbangan buat pelajar program ini. 

“UMPSA merupakan sebuah universiti teknikal yang terkenal di Malaysia dan ramai jurutera dan serta bakat teknikal telah dilahirkan di sini. 

“UMPSA juga telah menjalinkan kolaborasi dan kerjasama dengan banyak universiti ternama di China,” katanya dalam program Chinese Ambassador Scholarship Award Ceremony.

Program itu adalah anjuran bersama  Pusat Kerjasama Strategik Akademikh (PKSA) dan Confucius Institute dengan kerjasama pihak Kedutaan China di Malaysia. 

Selain itu juga, UMPSA juga telah menjalinkan kerjasama dengan tiga institusi TVET di China, iaitu Hebei Petroleum University of Technology, Hebei Software Institute dan Shijiazhuang Institute of Railway Technology. 

Disediakan oleh: Mimi Rabita Haji Abdul Wahit, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit