Skip to main content

Kelab Youth Strength of Happiness (YOSH) UMPSA anjur Jelajah Ramadan 2024: Tingkatkan Ketakwaan dan Ukhuwah Pelajar

TEMERLOH, 28 Mac 2024 – Kelab Youth Strength of Happiness (YOSH), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama MyFundAction baru-baru ini telah menganjurkan program Jelajah Ramadan 2024: Tingkatkan Ketakwaan dan Ukhuwah Pelajar bertempat di Masjid Temerloh Jaya.

Lebih 30 orang belia yang terdiri daripada mahasiswa pelbagai universiti dan kerjaya menyertai program ini.

Program itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Masjid Temerloh Jaya, Zulkarnain Haji Hashim. 

Menurut Zulkarnain, program ini mampu membentuk sahsiah terutamanya kepada remaja-remaja, warga-warga pelajar universiti supaya mereka dapat menjadi warga berguna untuk membentuk masa depan.

“Usaha ini sangat bagus dijalankan kerana belia yang datang pada hari ini dapat turun dan berjumpa dengan komuniti selain dapat mengasah soft skill.

“Semoga lebih banyak program akan diadakan dengan komuniti masyarakat,” ujarnya ketika merasmikan program.

Turut serta mahasiswa UMPSA, Nor Arifah Mat Nor, mahasiswa Doktor Falsafah Kimia Makanan, Intan Najiha Akhmar Saharuddin, mahasiswa Doktor Falsafah Kejuruteraan Awam, Norul Fathiah Roshdi, Nurhaslina Mohamad Radzi, Nur Afiqah Lihan dan Muhammad Haziq Hakimi Mohd Liza yang merupakan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda.

Antara aktiviti-aktiviti Jelajah Ramadan 2024 yang  diadakan ialah Qiamullail, Subuh macam Jumaat, Khatam Quran sempena Nuzul Quran, pemberian pek makanan iftar ‘Special Iftar for Ummat (SIFU)’.

Turut diadakan majlis serahan 50 kotak bantuan Rezeki Umat (RU) kepada komuniti setempat hasil kolaborasi dengan MyFundAction.

Disediakan oleh: Nur Afiqah Lihan, Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Dan Siti Nurfarmy Ibrahim, Pusat Komunikasi Korporat
 

Reports by:
Admin UMP News