Skip to main content

Petugas dan pelatih Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK Damai) Pekan UMPSA terima Bantuan Sekali Beri daripada Kerajaan Negeri Pahang

PEKAN, 2 April 2024 - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang telah mengagihkan peruntukan Bantuan Sekali Beri kepada 53 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti bermula 21 Mac 2024 yang lalu. 

Bantuan Sekali Beri itu merupakan inisiatif di bawah Matan Belanjawan Negeri Pahang Tahun 2024 yang akan memberi manfaat kepada petugas dan pelatih PPDK dengan jumlah keseluruhan RM 450,000.00. 

Pegawai Khas Yang Berhormat Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib, Mohd Ezwanuddin Mohd Bakri hadir bagi menyampaikan Bantuan Kewangan Sekali Beri kepada petugas dan pelatih PPDK DAMAi. 

Turut hadir Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie  Zainuddin, Pengarah Unit OKU UMPSA merangkap pengerusi PPDK DAMAi, Dr. Munira binti Abdul Razak dan  Pegawai Penyelaras PPDK Daerah Pekan, Roslina Ibrahim.

Seramai 12 warga PPDK DAMAi telah menerima bantuan kewangan sekali beri oleh Kerajaan Negeri Pahang iaitu sebanyak RM 500 kepada penyelia dan petugas PPDK dan RM 200 kepada pelatih. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Pahang atas sumbangan kewangan yang telah diberikan kepada warga PPDK DAMAi.

Disediakan Oleh: Nurul Izzah Abu Bakar, Unit Perkhidmatan OKU UMPSA
Foto: Zaffaruddin Hamzah

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Admin UMP News