Skip to main content

Kematangan Staf Akademik dan Pentadbiran dalam BDR

Selama ini ramai yang menyatakan Bekerja Dari Rumah (BDR) adalah sesuatu yang amat diinginkan. Bagi kebanyakan orang, BDR adalah suatu bonus kepada sesetengah pekerja kerana berpeluang untuk berada di rumah dan membuat kerja atau tugasan di rumah. Bagi staf akademik dan pentadbiran yang kebanyakannya bekerja di hadapan komputer riba atau komputer meja, bekerja dari rumah adalah suatu yang amat diidamkan.

Ventilator kos rendah beri kesan terhadap pesakit

Perihal berkenaan subjek ini tidak lagi memerlukan pengenalan. Seluruh dunia sedang bercakap tentang perkara yang sama. Covid-19 telah menjadikan dunia haru-biru hanya dalam masa beberapa minggu dan manusia seakan dipaksa menyesuaikan diri dengan pandemik baharu ini. Covid-19 kian menular dalam kalangan masyarakat. Kebanyakan mereka mengalami gejala yang ringan manakala bagi yang lain, virus ini  telah melemahkan mereka. Keupayaan paru-paru mereka untuk menyalurkan karbon dioksida dan oksigen keluar masuk daripada darah kian lemah.

Sektor Pembinaan di Era COVID-19: Dilema Pekerja Pembinaan dan Cabaran Mendepani Norma Baharu

Pandemik COVID-19 telah menyaksikan impak yang besar secara langsung mahupun tidak ke atas semua sektor di dalam dan luar negara. Penularan virus ini telah menghentikan semua sektor dari beroperasi buat sementara waktu termasuklah sektor pembinaan. Sejak pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 yang lalu, ekonomi negara mengalami kemerosotan yang bukan sedikit. Negara kehilangan RM2.4 bilion setiap hari semasa dalam tempoh pelaksanaan PKP.

Membina Kekebalan Emosi Berdepan ‘Incivility’

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dapat kita lihat bagaimana kebanyakan pihak penguatkuasa berdepan dengan segelintir rakyat yang ingkar arahan.  Kita boleh melihat ada dalam kalangan mereka yang degil ini mengeluarkan kata-kata kesat kepada penguatkuasa.  

Kebiasaan Baharu : Peluang dan Ruang bagi Perniagaan Atas Talian

Penggunaan teknologi komputer dalam urusan harian telah lama dipraktikkan oleh pelbagai organisasi.  Kefungsian teknologi komputer telah dipertingkatkan dengan penambahan teknologi sesuai dengan peredaran masa. Bermula dari pengunaan komputer peribadi sehingga kini berubah ke aplikasi mudah alih.  Terkini, teknologi jalur lebar, memudahkan jaringan hubungan  sama ada setempat dan seluruh dunia tanpa sempadan.  Sektor perniagaan tidak ketinggalan dan perlu selari dengan perubahan teknologi supaya boleh berdaya saing dan memudahkan pengurusan harian.

Subscribe to Experts