Skip to main content

Penjajahan alaf baharu – Merdekakah Kita?

Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Bukan sekadar laungan. Laungan keramat ini sering kita dengar setiap kali menjelangnya Hari Kebangsaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos setiap tahun bagi menyemat semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama. 

Mendepani cabaran norma baharu PdPR buat ibu bapa

Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) bukan sahaja memberi kesan kepada anak-anak. Ia turut melibatkan ibu bapa yang perlu memastikan anak-anak belajar pada musim pandemik ini. Sebagai ibu bapa, mereka perlu mendisiplinkan anak-anak agar hadir ke kelas terutamanya kelas yang menjalankan pembelajaran segerak (synchronous learning). 

Adaptasi Matrik Haddon untuk kenali kesihatan mental masyarakat Malaysia

Secara amnya, stigma masyarakat Malaysia terhadap kesihatan mental kian menjadi-jadi saban hari akibat cabaran pandemik Covid-19. Kes yang dilaporkan setiap hari menunjukkan peningkatan angka dan jumlah kes secara kumulatif juga membimbangkan seluruh negara. Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lokaliti tertentu dalam negara juga menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang aktiviti harian berbanding sebelum berlakunya pandemik Covid-19.

Varian Delta akan terhapus sekiranya rantaian jangkitan dibendung

Proses evolusi bagi virus SARS-CoV-2 berlaku dengan amat pantas. Sejak tercetusnya pandemik pada tahun lalu, berbagai-bagai varian yang baharu telah muncul melalui proses mutasi. Terkini, seluruh dunia telah digemparkan dengan kemunculan varian Delta atau B.1.617.2 yang tidak pernah diundang. Sejak varian ini mula dikesan di India pada Disember 2020, ia telah tersebar ke seluruh pelosok dunia meliputi lebih 98 negara dalam tempoh hanya sebulan.

Gayat Memandu selepas bencana Covid-19, perlukah Brek Kecemasan Automatik (AEB)?

Brek kecemasan automatik atau Autonomous Emergency Braking (AEB) adalah salah satu teknologi terkini yang berfungsi untuk membantu pemandu mengurangkan risiko kemalangan terutama sekali yang melibatkan kemalangan langgar belakang. AEB dalam kenderaan dapat membantu pengendalian kenderaan dengan cara brek akan diaktifkan secara automatik apabila penderia kenderaan mengesan halangan di hadapan.

Pendekatan Model Keju Swiss dalam mengekang penularan Pandemik Covid-19

Kerajaan sentiasa konsisten dalam membendung penularan bagi menamatkan pandemik Covid-19 di Malaysia menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Inisiatif ini bertujuan untuk mencapai keimunan kelompok dalam kalangan rakyat dan juga bukan warganegara yang sedang menetap di negara ini. Sekiranya pandemik Covid-19 tidak dapat dikawal, negara berisiko untuk berhadapan dengan keruntuhan sistem kesihatan. Walau bagaimanapun, para saintis menyatakan bahawa vaksinasi sahaja tidak mampu untuk menghalang penularan pandemik global ini.

Subscribe to Experts