Skip to main content

Kunjungan Hormat NC UMPSA bertemu YAB Ketua Menteri Sabah

KOTA KINABALU, 27 September 2023 - Delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai Naib Canselor, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan UMP bertemu YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bertempat di Pejabat Ketua Menteri Sabah, Kota Kinabalu baru-baru ini.   

Hadir sama Setiausaha Perhubungan Awam, Tuan Haji Effendi Mohamed Sunoh. 

Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, pertemuan ini memberi peluang kedua-dua belah pihak membincangkan mengenai usaha meningkatkan pendidikan anak-anak dan keluarga miskin tegar di Sabah serta usaha dalam memperluas pendidikan TVET di negeri ini. 

Kunjungan Hormat NC UMPSA bertemu YAB Ketua Menteri Sabah

“Pertemuan ini juga turut membincangkan cadangan mewujudkan satelit dan kampus cawangan di Sabah. 

“Turut dibincangkan potensi terhadap program akademik ijazah dual UMPSA dan program tanggungawab soaial korporat (CSR) di beberapa lokasi di negeri Sabah.

“UMPSA kini dalam peringkat awal untuk menubuhkan kampus cawangan di Sabah bagi memberikan akses pendidikan tinggi dalam bidang TVET khususnya dalam kalangan pelajar di sini terutamanya yang berkaitan sektor pembuatan, minyak dan gas,” ujarnya. 

Jelas beliau lagi, bagi agenda kelestarian, tenaga yang boleh diperbaharui dan keterjaminan makanan serta Perkongsian kepakaran UMPSA dalam bidang penyelidikan dan inovasi yang boleh dimanfaatkan buat masyarakat. 

Turut dibincangkan cadangan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sabah dalam meningkatkan mutu graduan cemerlang dengan mewujudkan Anugerah Kecemerlangan Akademik Anak Sabah kepada pelajar Sabah yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. 

Turut sama hadir ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UMP, Farrah Ain Madzlan, ahli Lembaga Pengarah UMPSA, Madyasir Ahmad Basir dan Ketua Eksekutif Yayasan UMP, Mohd Jamil Mohd Ja’afar. 

Pada masa ini, UMPSA mempunyai seramai 654 pelajar daripada Borneo termasuk 381 daripadanya merupakan pelajar daripada Sabah. 

Disediakan oleh: Mimi Rabita Haji Abdul Wahit, Pusat Komunikasi Korporat

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit