Skip to main content

UMPSA terima kunjungan hormat delegasi Jilin Institute of Chemical Technology dan Phoenix Asia Academy of Technology

GAMBANG, 15 April 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) baru-baru ini menerima Kunjungan Hormat dari delegasi Jilin Institute of Chemical Technology dan Phoenix Asia Academy of Technology.

Kehadiran delegasi Jilin Institute of Chemical Technology diketuai oleh Pengerusinya, Chunhui Song manakala delegasi dari Phoenix Asia Academy of Technology pula diketuai oleh Presidennya, Profesor Dr. Kenneth Quah itu telah disambut oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.

Kunjungan itu bertujuan untuk mempromosikan program Ijazah Dual UMPSA dan menjalinkan kolaborasi antara kedua-dua universiti. 

Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, UMPSA berharap agar kunjungan hormat ini akan menjadi satu titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang baik.

UMPSA terima kunjungan hormat delegasi Jilin Institute of Chemical Technology dan Phoenix Asia Academy of Technology

“Kami berharap agar diberikan peluang untuk berkolaborasi dan menjalinkan kerjasama yang lebih erat bersama Jilin Institute of Chemical Technology dan Phoenix Asia Academy of Technology pada masa akan datang,” katanya. 

Program yang berlangsung selama dua hari bermula 15 April itu merangkumi mesyuarat bersama pengurusan tertinggi, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), dan Institut Pengajian Siswazah (IPS) serta lawatan ke sekitar UMPSA Pekan dan Kampus Gambang.

Turut sama hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarababangsa), Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Dekan FTKMA, Profesor Dr. Mahadzir Ishak, Pengarah Pusat Kerjasama Strategik Akademik (PKSA), Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab, Pengarah Pusat Hubungan Antarabangsa (PUHA), Profesor Madya Dr. Mohd Azmir Mohd Azhari dan Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Advanced, Dr. Ahmad Johari Mohamad.

Disediakan Oleh: Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Naqiah Puaad