Skip to main content

UMPSA Sehati Sejiwa: Bersama Mencapai Kegemilangan

Universiti merupakan satu institusi yang amat penting dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing,memiliki tahap keilmuan yang tinggi serta mempunyai budi pekerti yang baik. Penguasaan ilmu dan pembinaan sahsiah diri yang berlaku di universiti akan memacu negara menjadi sebuah negara yang maju dan disegani. 

UMPSA Gemilang. Cipta. Cinta. Citra. Sejarah Tercipta

♪ Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah 
Taman Ilmuan Berkeunggulan
Menjana Insan Yang Cemerlang
Bagi Agama Bangsa dan Negara ♪

(Extracted from 1st paragraph of Lagu Rasmi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah: Maju Gemilang)

UMPSA hargai dan kenang jasa pesara

PEKAN, 18 Disember 2023 - Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin hadir menyampaikan sijil penghargaan dan persaraan kepada Pengurus Kanan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Hajah Sabarehan Haji  Ismail.

Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan dan persaraan kepada pasangan Allahyarham Mustafa Kamal Daud, iaitu Siti Murzalina Sh Murad. 

Allahyarham Mustafa Kamal Daud telah kembali pada rahmatullah pada 3 September 2023.