Skip to main content

Mahasiswa UMP Bantu Mangsa Gempa Lombok

Lombok (Indonesia) - Prihatin dengan bencana tanah runtuh, kerosakan rumah kediaman serta kehilangan jiwa akibat gempa yang melanda Lombok pada 29 Julai 2018 lalu diikuti susulan pada 6 dan 19 Ogos 2018 memberikan inspirasi buat 10 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjayakan program Misi Kemanusiaan “Jom Bantu Mangsa Gempa Lombok” di Desa Selengen, Kecamatan Kayangan yang terletak di daerah Lombok Utara, Indonesia iaitu antara kawasan yang terjejas teruk akibat gempa bumi.

UMP dan Yayasan Sime Darby sumbang kelengkapan sekolah dalam Program Kembali ke Sekolah `Huluran Kasih’

Pekan, 12 Disember – Seramai 300 pelajar sekolah rendah dan menengah yang terdiri daripada anak-anak golongan berpendapatan rendah (B40) sekitar Kuantan dan Pekan seronok menerima pakaian dan kelengkapan sekolah baharu dalam program Kembali ke Sekolah `Huluran Kasih’ anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD) di UMP Pekan hari ini.

FKM Reka Kerusi Buat Adam

Pekan, 6 September-  Seorang kanak-kanak kelainan upaya (OKU) tersenyum gembira apabila menerima kerusi roda khas yang dinamakan Adam’s  Chair  yang dihasilkan oleh mahasiswa dan sekumpulan pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM)  baru-baru ini. Muhammad Adam Ayrash Abdullah, 8 tahun merupakan murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Serandu yang mengidap Cerebral Palsy (CP) sejak lahir sehingga menyebabkannya ketidakupayaan mengawal pergerakan otot. 

 

Program Motivasi Intensif QGen Beri Pendedahan STEM

Kuantan, 16 Julai – Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Korporat & Kualiti (JHKK), Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JJIM) dan Persatuan Pelajar Kejuruteraan Kimia (CHEST) telah menganjurkan Kem Motivasi Intensive QGen 2018 yang diadakan di Cempaka Beach Resort, Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Subscribe to Community