Skip to main content

UMP, HsMA meterai kerjasama dalam program Dual Ijazah Kejuruteraan Perniagaan

JERMAN, 3 Jun 2022 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Hochschule Mannheim (HsMA) Jerman bagi melaksanakan program pertukaran staf akademik dan pelajar bagi kedua-dua universiti. 

Turut berlangsung sesi pertukaran dokumen Perjanjian Usahasama (Cooperation Agreement) secara bersemuka pada pertemuan kali ini. 

Perjanjian itu telah ditandatangani secara dalam talian pada 9 Februari 2022 yang lalu bagi melaksanakan program Dual Ijazah Kejuruteraan Perniagaan melibatkan Fakulti Pengurusan Industri (FPI), UMP dengan Fakulti Kejuruteraan dan Pengurusan, HsMA.  

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, program ini bakal membuka peluang kedua-dua pihak meneroka kerjasama penyelidikan dan perkongsian kepakaran dalam bidang kejuruteraan dan teknologi bagi  meningkatkan kebolehpasaran graduan. 

“Dalam pada itu, perbincangan turut diadakan bagi merangka kerjasama seterusnya bagi program Dual Ijazah Kejuruteraan Kimia,” katanya yang mengetuai delegasi dalam lawatan kerja ke Jerman. 

Turut sama Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat, Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Nordin.

Delegasi juga turut melawat beberapa makmal berkaitan teknologi hadapan. 

Hadir bersama delegasi Pengarah Pusat Usaha Sama Strategik Akademik, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mat Rejab, Pengarah Pusat Penempatan dan Pembangunan Kerjaya, Profesor Madya Saiful Anwar Che Ghani dan Eksekutif, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, Hardyana Mohd Saman.

Manakala pihak HsMA diwakili oleh Profesor Dr. Thomas Schüssler yang merupakan Naib Presiden Pengajaran, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Pengurusan, Profesor Dr. Matthias Klimmer serta  Pengarah Pejabat Antarabangsa, Ann Müller. 

Turut serta Pengarah Program (Pengurusan Kejuruteraan Antarabangsa), Profesor Dr. Stephan Altmann dan Penyelaras Program Antarabangsa (Kejuruteraan Proses). Profesor Dr. Werner Diewald. 

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor (PNC)

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit