Skip to main content
Nik Athirah Sukarelawan Ops Hantar Pelajar Pulang raih Anugerah Srikandi Matahari

Nik Athirah Sukarelawan Ops Hantar Pelajar Pulang raih Anugerah Srikandi Matahari

PAYA BESAR, 6 Ogos 2022 – Nik Athirah Nik Mahdi, 24, Sukarelawan Ops Hantar Pelajar Pulang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjaya meraih Anugerah Srikandi Matahari di Majlis Konvokesyen Ke-16 Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Berkongsi pengalamannya membantu universiti tatkala negara dilanda pandemik COVID-19, beliau terlibat dalam Ops Hantar Pelajar Pulang dan penglibatan sukarelawan yang menjaga kebajikan pelajar sepanjang PKP.

“Masih ingat lagi, pada waktu kerajaan mengumumkan PKP pada bulan Mac 2020, saya memutuskan untuk tidak pulang ke kampung dan tinggal di UMP sepanjang PKP.

“Malah, saya rasa itu merupakan tindakan yang terbaik tanpa penyesalan. 

“Saya berasa seronok dapat membantu pelajar semasa sepanjang PKP dan menganggap pengalaman manis yang tak pernah saya lupakan,” katanya.

Di sebalik kejayaannya beliau berkata, setiap kali sebelum peperiksaan, beliau akan menelefon ibu, Zakiah Hamzah untuk meminta restu dan mendengar suara  ibu sebagai kata-kata semangat. 

Menurut anak kelahiran Terengganu ini juga kejayaan ini beliau hadiahkan buat ayah dan ibu yang banyak memberi dorongan sepanjang dalam pengajian. 

“Kejayaan ini adalah berkat doa kedua ibu bapa saya.

“Tidak lupa juga kepada para pensyarah terutama Profesor Madya Dr. Yudi Fernando yang sentiasa sabar dengan karenah pelajar terutama ketika negara dilanda pandemik COVID-19.

“Secara jujurnya, bagi saya tenaga pengajar UMP amat membantu semua pelajar dalam pelbagai aspek,” katanya.
Katanya lagi, tambahan pula mojoriti dari mereka merupakan dari industri. 

“Ini dapat memberi kami first insight tentang industri dan apa yang akan kami lalui di alam pekerjaan,” kata graduan Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Industri dengan Kepujian ini. 

Dari segi pembelajaran pula katanya, uniknya UMP kerana tenaga pengajar terdiri daripada orang yang berpengalaman dalam bidang industri malah pihak UMP juga telah memperluaskan kolaborasi mereka bersama syarikat-syarikat luar bagi menambaikkan kadar graduate employment.

Beliau yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.59 berkata, dari segi kandungan kokurikulum di UMP pula, pelajar diberikan kepercayaan untuk mengendali program yang telah dicadangkan. 

“Hasilnya, dapat mewujudkan semangat student empowerment tertanam dalam diri pelajar.

“Dengan berprinsipkan keluar dari zon selesa, be adventurous, experience new thing and learnt from it, harapan saya pada masa hadapan adalah untuk menamatkan pengajian pada peringkat yang lebih tinggi sebelum berumur 30 tahun,” ujarnya.

Beliau kini sedang menyambung pengajian di peringkat pascasiswazah di UMP.

Disediakan oleh: Nor Salwana Mohammad Idris, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri

Reports by:
Nor Salwana bt Hj Mohammad Idris