Skip to main content

KUB, UMP Anjur Program Literasi Digital Untuk Pelajar Sekolah

Kuala Lumpur, 7 Mac- KUB  Malaysia Berhad dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) mengorak langkah  memperkasakan lagi program tanggung jawab sosial korporat (CSR) dalam menganjurkan Program Digital Literasi membabitkan seramai 25 murid pra Sekolah Kebangsaan (SK) PPR Lembah Subang, Petaling Jaya. 

Mahasiswa UMP Prihatin Bantu Selamatkan Nyawa Insan lain

Kuantan, 12 Februari – Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) dari  Perwakilan Mahasiswa Kolej Kediaman 3 (PEKA 3) menganjurkan program Lets Be A Hero yang mendapat kerjasama daripada Pusat Kesihatan UMP Gambang, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Pusat Pergigian Daerah Kuantan.

UMP diiktiraf tersenarai subjek terbaik dunia

Pekan, 4 Mac - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai senarai universiti elit dunia apabila subjek universiti ini tersenarai dalam QS World University Rankings by Subjects 2019 yang diumumkan pihak Quacquarelli Symonds (QS) pada 27 Februari lalu melibatkan subjek Kejuruteraan Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan; Kejuruteraan Kimia; Kejuruteraan dan Teknologi. 

UMP juga merupakan satu-satunya Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang tersenarai dalam subjek Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan dan Teknologi.

UMP kongsi kepakaran bangunkan teknologi atasi masalah banjir

Kuantan, 6 Mac- Masalah banjir yang sering melanda negeri-negeri di Pantai Timur   telah menjadi titik tolak kepada inisiatif Universiti Malaysia Pahang (UMP) untuk menangani isu melibatkan masalah banjir yang melanda termasuklah di negeri Pahang. Melalui Pusat Kelastarian Sumber Bumi (ERAS) satu kajian bertajuk “Feasibility Survey For Utilizing Super Well Point (SWP) Method For Soft Ground Improvement and Flood Prevention, Malaysia” dijalankan dengan kerjasama Yamaguchi University dan Asahitechno Co. Ltd Japan serta Japan Development Institute.

Jelajah Alumni Jalin Hubungan Erat Alumni UMP

Pulau Pinang, 2 Mac – Pertemuan seramai 60 orang alumni Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang hadir menjayakan Program Jelajah Alumni – Alumni Industry Networking Hi-Tea bagi Zon Utara baru-baru ini gamat apabila masing-masing mengimbau kenangan sewaktu menjalani kehidupan kampus. Program dianjurkan Unit Perhubungan Alumni, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) dengan kerjasama Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (JJIM) di Hotel The Light, Pulau Pinang.

Subscribe to General