Skip to main content

Isteri sebak terima ijazah suami, ayah naik pentas terima diploma anak

PAYA BESAR, 8 November 2022 - Suasana sebak menyelubungi dewan tatkala nama dibacakan sewaktu ahli keluarga naik ke pentas mewakili graduan dalam sesi keenam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-17.  
 
Ana Suriana Abu Bakar dari Mersing, Johor mewakili arwah suaminya, Imran Ibrahim, 49, menerima Ijazah Master Eksekutif Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran, UMP Advanced yang disampaikan Naib Canselor UMP, Profesor Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.
 

11 tahun berjuang, kini Dr. Abdullah Fairuzullah genggam PhD

PAYA BESAR, 5 November 2022 - Berbekal doa dan kecekalan hati serta bersabar, Dr. Haji Abdullah Fairuzullah Ahmad Tajuddin dari Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (PTMK) berjaya bergelar Doktor Falsafah (PhD) Sains Komputer) setelah berjuang  selama 11 tahun untuk menghabiskan pengajian. 

Usia 83 bukan halangan Dr. Jahid dapat PhD kedua

PAYA BESAR, 5 November 2022 - Rasa tanggungjawab untuk memperkasakan amalan pengubatan Islam menjadi pembakar semangat kepada Tuan Guru Dr. Haji Jahid Sidek untuk menyiapkan tesis ijazah kedoktoran (PhD) kedua di Universiti Malaysia Pahang (UMP). 

Diraikan dalam Majlis  Konvokesyen UMP Ke-17 pada usia 83 tahun, beliau adalah pelajar paling berusia di Malaysia yang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah kedua yang disampaikan oleh Pro-Canselor UMP, Tan Sri Dato Sri (Dr.) Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor pada sesi pertama.

3 pasangan kembar seiras teruja kongsi pentas konvokesyen

PAYA BESAR, 6 November 2022 - Tiga pasangan kembar seiras berasa teruja dapat meraikan majlis graduasi bersama-sama semasa Majlis Konvokesyen UMP Ke-17. 

Mereka terdiri daripada Mohammad Amir Arsyad Abdul Aziz dan Mohammad Amir Asyraf Abdul Aziz, pasangan Nur Adilah Abdul Halem dan Nur Atiqah Abdul Halem serta Foo Jing Wen dan Foo Jing Ying.

Masing-masing melahirkan rasa teruja kerana dapat meraikan hari yang cukup bermakna ini bersama pasangan kembar masing-masing dan keluarga tersayang.

4 beradik jurutera dari UMP

PAYA BESAR, 6 November 2022 – Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, begitulah ungkapan yang dapat digambarkan apabila anak bongsu kepada pasangan Zamani Jamil, 63 dan Nor Maslina Abd Manap, 57 iaitu Afiq Aizzat Zamani, 23 yang menerima Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) Ke-17. 
 

Subscribe to Convocation