Skip to main content

Delegasi UNITEN berkunjung ke UMP

Kuantan, 6 Disember- Seramai 22 kakitangan Perpustakaan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) hadir membuat lawatan ke Perpustakaan dan Penerbit UMP, di sini, baru-baru ini.

Delegasi UNITEN itu diketuai oleh Mohd. Yazid Muji yang juga merupakan ketua Unit e-Resources, Pusat Sumber Informasi UNITEN dan disambut oleh Pemangku Ketua Pustakawan, Dzull Zabarrod Ahmad dan Pengarah Penerbit UMP, Ts.Dr. Muhamad Mat Noor.

Mohd. Yazid berkata, kunjungan mereka kali ini adalah untuk mendapatkan idea-idea dan inovasi baharu bagi meningkatkan tahap penyediaan perkhidmatan, kemudahan, pembangunan dan transformasi di Perpustakaan UMP.

"Untuk makluman pihak tuan, pihak kami sedang merancang untuk mewujudkan penerbitan universiti dan oleh kerana itu, perlunya lawatan ini bagi mendapatkan maklumat dan pandangan dari pihak tuan. 

"Kehadiran kami ini adalah untuk mendapatkan  gambaran atau input dan melihat sendiri proses-proses yang diperlukan bagi menguruskan penerbitan universiti di Perpustakaan UMP dan Alhamdulillah matlamat kami tercapai,” katanya di sini, baru-baru ini.

Delegasi tersebut mengambil masa kira-kira tiga jam bagi mendengar penerangan daripada pihak Perpustakaan dan Penerbit UMP sebelum berangkat pulang sejurus selepas itu.

Disediakan oleh Shalfarina Shahriman dan Muhammad Azli Shukri daripada Penerbit UMP. 

Reports by:
Siti Nurfarmy binti Ibrahim