Skip to main content

KENYATAAN RASMI PINDAAN KALENDAR AKADEMIK SEMESTER II DAN SEMESTER PENDEK, SESI AKADEMIK 2020/2021

1.    Merujuk kepada arahan terkini yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkaitan pelaksanaan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) seluruh Malaysia, sesi pengkuliahan untuk Semester II, Sesi Akademik 2020/2021 di Universiti Malaysia Pahang (UMP) adalah kekal bermula pada 1 Mac 2021 (Isnin) seperti yang telah ditetapkan sebelum ini. 

2.    Pelaksanaan aktiviti PdP adalah secara dalam talian kecuali bagi pelajar yang dikehendaki pulang ke kampus bermula 6 Mac 2021, pelaksanaan PdP adalah secara hibrid (secara dalam talian atau bersemuka) dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. 

3.    Selaras dengan pelaksanaan ini, Senat Universiti telah bersetuju meminda Kalendar Akademik Semester II dan Semester Pendek, Sesi Akademik 2020/2021 seperti di lampiran. 

4.    Kalendar Akademik Sesi 2020/2021 (Pindaan) secara keseluruhan boleh dirujuk di laman sesawang utama UMP melalui pautan berikut: http://www.ump.edu.my/index.php/en/academic-calendar.

Dikeluarkan oleh: 
Unit Komunikasi Korporat
Pejabat Naib Canselor
Universiti Malaysia Pahang
10 Februari 2021

KENYATAAN RASMI PINDAAN KALENDAR AKADEMIK SEMESTER II DAN SEMESTER PENDEK, SESI AKADEMIK 2020/2021

Pendaftaran Pelajar Baharu Semester II, Sesi Akademik 2020/2021 akan dilaksanakan secara dalam talian. Pelajar perlu merujuk kepada surat tawaran yang telah dikeluarkan kepada pelajar. Manakala kemasukan secara fizikal bagi pelajar baharu adalah bergantung kepada pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak universiti dari semasa ke semasa.  

KENYATAAN RASMI PINDAAN KALENDAR AKADEMIK SEMESTER II DAN SEMESTER PENDEK, SESI AKADEMIK 2020/2021

 

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri