Skip to main content

Lebih 100 sertai Persidangan World Sustainable Construction Conference Series 2023

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2023 - Persidangan World Sustainable Construction Conference Series 2023 (WSCC Series 2023) anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah diadakan secara fizikal pada 13 sehingga 14 Oktober 2023 bertempat di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur. 

Persidangan dua hari itu berjaya mengumpulkan sebanyak 100 kertas persidangan dari ahli akademik, penyelidik dan wakil dari beberapa agensi, institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara. 

Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin turut hadir bagi merasmikan persidangan  yang bertemakan ‘The Unforeseen’ yang membawa maksud sesuatu yang tidak dapat diramalkan dan tidak dijangka seperti bencana alam yang yang melanda di seluruh dunia.

Lebih 100 sertai Persidangan World Sustainable Construction Conference Series 2023

WSCC 2023 itu adalah gabungan beberapa persidangan lain termasuk Simposium Keenam National Conference on Wind and Earthquake Engineering, Persidangan Keempat International Seminar of Sustainable Construction Engineering, Persidangan Keempat International Conference on Agricultural Technology and Engineering and Environmental Sciences dan Simposium Kedua Water Symposium dengan kerjasama rakan strategik iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Beijing Jiatong University, Universitas Syiah Kuala Aceh, Universitas Muhammadiyah Aceh dan Universitas Brawijaya Indonesia.

Persidangan itu juga berjaya mengumpulkan pakar-pakar dan ahli penyelidik dalam bidang Kejuruteraan Angin, Kejuruteraan Infrastruktur, Kejuruteraan Pengangkutan dan Kejuruteraan Pembinaan untuk berkongsi maklumat dan hasil kajian yang berkaitan. 

Lebih 100 peserta hadir pada persidangan kali ini termasuklah pakar bidang berkaitan daripada pelbagai negara di peringkat antarabangsa.

Turut berlangsung mini forum bagi berkongsi cabaran dan peluang di dalam pembangunan infrastruktur yang mampan di dalam Jabatan Kerja Raya (JKR) yang disampaikan oleh Pengarah Khidmat Pakar dan Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur (CKAS), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur, Ir. Md Khairi Yaacob. 

Mini forum itu juga turut berkongsi dan membincangkan mengenai beberapa bencana yang melanda luar negara di dalam Kejuruteraan Angin yang telah disampaikan oleh CFD Engineer/Asian Regional Manager, SOH Wind Engineering, LLC, USA, Dr. Jaeyong Chung.

Menurut Pengerusi WSCC 2023, Profesor Madya Dr. Mohamad Idris Ali, persidnagan kali ketujuh ini juga adalah bersempena dengan penjenamaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) kepada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). 

Disediakan oleh: Nor Azlin Mohd Azman, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA)

Reports by:
Admin UMP News