Skip to main content

UMP terima sumbangan 500 anak pokok untuk program Alam@UMP

PEKAN, 11 Oktober 2021 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima 500 batang anak pokok hutan bagi menjayakan program Alam@UMP hasil kerjasama Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) dengan Medal Lions Creative (MLC) yang merupakan sebuah syarikat milik anak tempatan di negeri ini.

Dalam program ini, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP hadir menerima sumbangan daripada  Pengarah MLC, Muhamad Anas Aziz dalam program yang berlangsung di Bangunan Canseleri Tun Abdul Razak (CTAR), UMP Pekan.

Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, pihaknya menghargai komitmen daripada pihak syarikat dalam usaha menyokong penghijauan kampus.

“Ia juga dapat meningkatkan kesedaran alam sekitar melalui penglibatan universiti dan industri di samping mempergiatkan lagi usaha sama dalam menjalankan program Alam@UMP dengan pihak luar,” katanya.

Turut dibincangkan dalam pertemuan itu adalah jalinan kerjasama pada masa hadapan termasuklah perancangan program Edutourism UMP, Ecotourism di Pantai Rekreasi Air Leleh, Kuala Pahang yang akan memanfaatkan kawasan sekitar UMP dan program penanaman serta penjagaan anak pokok yang boleh menjana pendapatan kepada pelajar dan universiti.

Sementara itu, Muhamad Anas berkata, pihaknya juga sedang berusaha untuk meningkatkan bilangan dengan menyasarkan sebanyak 5,000 batang anak pokok  bagi mengindahkan kedua-dua kampus UMP di Pekan dan Gambang pada masa akan datang bagi menjayakan program Alam@UMP.  

Penyerahan anak pokok ini juga merupakan kesinambungan daripada program kerjasama antara pihak UMP dan MLC sejak tahun 2016. 

Semoga jalinan kerjasama ini akan menjadi satu titik permulaan yang baharu dalam menyokong aktiviti kemasyarakatan bersesuaian dengan tema universiti iaitu 'Teknologi untuk Masyarakat’.   

Kedua-dua pihak kini sedang mengkaji semula perancangan dan hala tuju untuk terus memperkukuh hubungan untuk manfaat pada masa hadapan.

Disediakan oleh: Mimi Rabita Abdul Wahit, Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor (PNC)  

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit