Skip to main content

UMPSA terima kunjungan hormat Pengarah APM Negeri Pahang

PEKAN, 10 Oktober 2023 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerima kunjungan hormat Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam Abd. Rahman ke atas Komandan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa), PPj. Kehormat (Pertahanan Awam), Profesor Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMPSA.

Kunjung hormat itu adalah susulan pelantikan Profesor Ts. Dr.  Kamal Zuhairi Zamli sebagai Komandan Kor Sispa UMPSA mulai 20 Ogos 2023 yang lalu.

Sesi kunjungan itu telah membincangkan beberapa kerjasama strategik di antara APM Pahang dengan UMPSA. 

UMPSA terima kunjungan hormat Pengarah APM Negeri Pahang

Kerjasama itu merupakan satu usaha berterusan yang dijalankan untuk meningkatkan hubungan kerjasama serta penglibatan warga UMPSA terutama pelajar dan staf dalam aktiviti pascabencana sesuai dengan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka akan bermula pada November 2023 ini.  

Selain itu, beberapa aktiviti bersama juga bakal dirangka termasuklah menjalankan Program Latihan Keselamatan Air di Pulau Tioman, lawatan sambil belajar di Indonesia, jemputan program Latihan dan Kompetensi oleh warga APM, pelaksanaan program latihan kemahiran dan lain-lain lagi. 

Turut dibincangkan adalah penglibatan pihak APM semasa Hari Terbuka UMPSA yang kini sedang berlangsung pada 14 hingga 15 Oktober 2023. 

UMPSA terima kunjungan hormat Pengarah APM Negeri Pahang

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah APM Pahang, Mejar (PA) Zairosnizam Mohd Tarmizi, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekretariat Bencana dan Operasi, Mejar (PA) Zahidi Zainudin, Kapt (PA), Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pekan, Ahmad Azmi Nafiah, dan Pegawai Unit Perhubungan Awam, Lt. (PA) Muhammad Luqman Hakin Abdullah, 

Manakala pihak UMPSA diwakili oleh Timbalan Komandan, Mejar Bersekutu (PA), Mohd Akram Abdul Razak, Ajutan Kor Sispa UMPSA,  Kapten Bersekutu (PA) Mohd Raizalhilmy Mohd Rais, Eksekutif Kanan Akademik ADAB, Tuan Haji Amirul Ahmad, dan Pegawai Kor Sispa di UMPSA, Lt. (PA) Muhammad Irfan. 

Disediakan oleh: Mohd Raizalhilmy Mohd Rais, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Reports by:
Admin UMP News